Kek Lapis Masam Manis

Bahan-Bahannya 
5 biji telur
250 gm mentega
2 cawan biskut Cream Cracker (kisar halus)
1/2 cawan gula kastor 
200ml kecil susu pekat
1 tsp esen vanilla
1 tsp baking powder
Haw Flakes secukupnya
Pewarna hijau, merah dan kuning

Cara-Cara penyedian 
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan pukul hingga sebati. 
3. Masukkan baking powder, susu pekat dan esen vanila dan pukul hingga kembang. 
4. Masukkan cream crackers dan pukul hingga adunan sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 
6. Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.
7. Masukkan separuh dari adunan warna yang pertama dan ratakan di dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak. 
8. Susun haw flakes atas adunan yg telah masak tadi. 
9. Ratakan pula warna yang kedua. 
10. Ulang proses untuk setiap lapisan  hingga habis semua adunan.
 

Serimuka

Bahan-bahannya

Bahagian Bawah
250gm beras pulut (rendam 30min)
1/2 cawan santan
1/2 susu teh garam
1 sudu teh gula

Bahagian Atas
4 helai daun pandan
400ml santan pekat
2 biji telor
60gm tepung beras
100gm gula kasar
50gm gula merah
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh minyak

Cara penyediaannya
1. Sekali kan pulut, santan, gula & garam. Kukus hingga pulut masak sepenuhnya. 
2. Mampatkan pulut dlm loyang yg akan diguna kan utk mengukus serimuka. Pastikan cukup mamat agar bahagian atas tidak meresap ke bawah
3. Blend daun pandan, telur, santan, gula, garam dan minyak hingga halus. 
4. Tapis bahan2 yg telah diblend dan pastikan perah betul2 bagi pastikan warna pandan turun sepenuhnya. 
5. Satukan bahan yg ditapis dgn tepung beras & kacau hingga sebati. Tapis lg sekali bagi mengasingkan tepung yg berketul. Rehat kan adunan selama 15min supaya buih hilang. 
6. Tuang kan adunan td atas pulut yg telah dimampatkan dh kukus utk 30min.
7. Selepas 30min, tutup api & buka penutup utk biarkan air dipermukaan serimuka kering. 

Nota:
1. Lg kurang buih lg cantik permukaan serimuka.
2. Potong hanya setelah sejuk sepenuhnya. 

Daging Sambal

Bahan-bahannya
250gm Daging
4 biji cili merah (blend) 
3 ulas Bawang merah (blend) 
2 ulas Bawang putih (blend) 
1 sudu teh Serbuk kunyit
1 sudu mkn kicap manis
Garam untuk perapan
Sedikit bawang goreng
Garam & gula secukup rasa

Cara penyediaan
1. Perap daging dgn garam & kunyit selama 30 minit
2. Goreng daging hingga separuh masak & ketepikan. 
3. Tumis Bahan-bahan yg telah di blend hingga garing. 
4. Masukkan kicap manis & masak hingga naik minyak. 
5. Perisakan dgn garam & gula. 
6. Gaul bahan tumisan dgn daging yg dah digoreng.
7. Masukkan bawang goreng & gaul sebati. 

Apam Balik

Bahan-bahannya:


1 1/2 Cawan Susu Segar
1 Biji Telur
1/4 Cawan Gula
Sedikit Pewarna Makanan Kuning
2 Cawan Tepung Gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil Soda Bikarbonat
1/2 sudu kecil Garam
Kacang Tanah tumbuk (untuk tabur)
Jagung Berkrim (untuk tabur) 
Gula (untuk tabur)

Cara penyedian:
1. Blend susu, telur, gula, pewarna, gandum, baking powder, soda bicarbonate & garam hingga sebati.
2. Rehatkan adunan selama sejam. 
3. Tuang 2 senduk adunan ke atas non stick pan yang telah dipanaskan & dilenserkan dgn mentega. Biarkan hingga berbuih.
4. Bila adunan 3/4 masak, taburkan gula dan biarkan adunan masak sepenuhnya. 
5. Taburkan kacang tumbuk & jagung. 
6. Lipat apam balik yg telah siap & lenserkan mentega dipermukaan apam. 

Tepung Pelita

Bahan-bahannya


Lapisan bawah
1 cwn tepung beras
1 cwn gula pasir
2 cwn air pandan
3 cwn air putih
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pewarna hijau
 
Cara penyediaanya
1. Campurkan semua kacau sebati sebelum naik atas dapur. 
2. Masak bancuhan sampai tepung pekat dan berkilat. 
3. Letak sesudu gula halus didalam bekas yg akan digunakan. 
4. Masukkan bancuhan ke dlm bekas-bekas kecil yg telah diletakkan gula halus dan biarkan.

Lapisan atas
5 sudu besar tepung beras
4 cawan santan 
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula

Cara penyediaan:
1. Bancuh semua bahan dlm periuk. 
2. Masak atas api hingga pekat dah nmpk berkilat dan padamkan tutup api.
3. Masukkan kedalam bekas yg dilapiskan adunan hijau dan sejukkan

Air Asam Kerisik

Bahan-bahannya


5 tangkai cili merah 
5 tangkai cili padi
1 sudu teh belacan
Garam & gula
1 biji buah tomato hiris nipis
1/2 biji bawang besar hiris nipis
2 sudu besar kerisik
1/2 cawan air rebusan daging
1 sudu besar pes asam jawa
1 sudu mkn Sos tomato 
1 sudu mkn Sos cili 

Cara-cara penyediaannya:
1. Blend cili merah, cili api, belacan, asam jawa, sos tomato dan sos cili. 
2. Campurkan dengan bahan bahan yang dihiris dan kerisik. Gaul sebati. Masukkan air rebusan daging. 
3. Perisakan dgn gula & garam

Nasi Daging

Bahan-bahannya:


500gm daging - dipotong setebal 1 inci dan rebus hingga empuk bersama 1 inci halia & 3 ulas bwg putih (diketuk)
3 pot beras Basmathi
Rempah kasar (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga) 
2 sudu besar minyak sapi / butter
2 sudu besar minyak masak
1 cawan susu
2 cawan air
1 helai daun pandan
1 kiub pati ayam / daging
1 paket rempah kurma
1 biji bawang besar (hiris nipis) 
3 ulas bawang putih (hiris nipis) 
1 inci halia (hiris nipis) 

Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumis rempah, bahan bahan yang dihiris sehingga wangi dan rempah kurma hingga pecah minyak. 
2. Masukkan beras yang telah di tos dan kacau rata seketika bersama daun pandan.
3. Masukkan daging, air rebusan daging, susu dan kiub pati ayam/daging. 
4. Pindahkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa. Setelah masak baru dikacau nasi rata rata. 

Kek Pisang (blend)

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
8 biji pisang emas
1 cawan mentega cair
1 cawan gula kaster
3 biji telur

Cara cara:
1. Satukan tepung gandum dengan baking powder dan soda bikarbanat dan diayak. 
2. Blend pisang, gula, mentega & telur hingga hancur. 
3. Tuang bahan yang telah di blend dalam bekas tepung. Kaup balik tepung dan bahan kisar hingga sebati. 
4. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pd suhu 180 darjah sehingga masak (tidak melekat pd cake tester). 

Kungpoa Chicken

Bahan-bahannya

Bahan perapan
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh minyak

Bahan sos
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka epal
2 sudu besar air
1 sudu teh tepung jagung

1/2 ekor ayam (potong kecil) 
2 sudu kacang tanah / cashew (goreng) 
5 tangkai cili kering (potong 1 inci panjang, buang biji & rendam) 
1 inci halia (hiris nipis) 
3 biji bawang putih (hiris nipis) 
1/2 biji bawang besar (potong kasar) 
1 tangkai daun bawang (potong 1 inci panjang) 
Minyak utk meggoreng & menumis
Garam & gula secukup rasa

Cara penyediaan
1. Perap ayam dgn bahan perapan selama 30 minit. 
2. Goreng ayam tersebut hingga 3/4 masak. Angkat, tos & ketepikan. 
3. Tumis bawang putih, halia, cili kering & bawang besar hingga naik bau. 
4. Masukkan semua bahan sos dan gaul hingga mereneh. 
5. Masukkan ayam dan gaul rata. Biarkan mendidih. 
6. Masukkan daun bawang & kacang tanah. Gaul rata & biarkan hingga kuah likat. 

Nota:
1. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air. 

Pulut Sekaya

Bahan-bahannya


Lapisan bawah:
250gm beras pulut - rendam
150ml santan pekat
150ml air
1 sudu kecil garam

Lapisan atas:
5 biji telur - pukul sebati
200ml santan pekat
125gm gula melaka - hiris racik
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara penyedian:
1. Tos beras pulut dan dicampur dengan santan, air dan garam. Kacau sebati dan kukus atau tanak sehingga masak. 
2. Masukkan pulut yang dikukus dalam loyang yang telah disapu minyak. Tekan pulut agar padat. Tabur sikit tepung gandum di permukaan atas. 
3. Pukul telur hingga sebati. 
4. Kisar santan, garam dan gula melaka sehingga sebati dan gula melaka larut. 
5. Satukan dgn telur yg telah dipukul. Kacau rata. 
6. Tapis dan tuang atas pulut. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak. 

Kuih Lapis

Bahan-bahannya

2 cawan tepung beras
1 cwn tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 cwn gula pasir
5 cwn santan ( jgn pekat sangat)
1/2 sudu teh garam

Cara penyediaannya
1. Blend semua bahan. Lepas tu tapis.
2. Bahagi 2 or 3 color
3. Tuang adunan kedalam loyang pengukus (tebal dlm 2mm) berselang seli. 4. Kukus setiap lapis dlm 5 min ++
5. Cucuk dgn garfu bila lapisan sudah keras, supaya setiap lapisan tu melekat.

Corn Dogs

Bahan-bahannya

1 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh gula
1 biji telur
1 cawan susu sejuk
1/2 cawan serbuk roti (optional)
7 batang sosej
7 keping cheese slice (ikut suka nk guna cheese apa pun) 
7 batang lidi satay

Cara penyediaan
1. Cucuk sosej menggunakan lidi. 
2. Balut sosej dgn cheese. Simpan dalam freezer utk selama 30min
3. Satukan gandum, baking powder, garam & gula.
4. Bancuh bahan-bahan kering tersebut dengan telur & susu. 
5. Masukkan ke dalam gelas tinggi bagi memudahkan proses mencelup. Rehatkan selama 30min didalam peti ais. 
6. Panaskan minyak. 
7. Bedakkan sosej dgn sedikit tepung bg membolehkan bancuhan senang lekat. 
7. Celup sosej ke dalam bancuhan dan tabur dgn serbuk roti (optional).
8. Masukkan sosej tersebut ke dalam minyak panas.
9. Goreng hingga keperangan dan tos minyak. 

Cakoi (Tanpa Yis)

Bahan-bahannya:
500gm gandum
4gm Baking powder
4gm Soda Bicarbonate
8gm Garam
1biji Telur
15gm minyak masak
280gm air (suhu bilik) 
Minyak utk menggoreng

Cara penyediaan:
1. Campurkan gamdum, garam, baking powder & soda bicarbonate di dalam 1 mangkuk. 
2. Buat lubang ditengah dan masukkan telur & minyak. Gaulkan. 
3. Tuangkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yg agak melekit. 
4. Tutup dgn cling wrap dan rehatkan selama 10 minit. 
5. Sapukan rata minyak pd permukaan satu mangkuk yg lain. 
6. Bentukkan doh tadi menjadi bulat dan letak ke dalam mangkuk yg telah diminyakkan. 
7. Tutup dengan cling wrap dan simpan di dalam peti utk sekurang-kurangnya 5 jam. 
8. Selepas 5 jam, keluarkan doh dan biarkan ia kembali ke suhu bilik sebelum dicanai. Biasanya dalam masa 2 jam. 
9. Canai doh memanjang dan potong ikut lebar 1 inci. 
10. Kembarkan 2 potongan menjadi 1 set.
11. Gunakan chopstick yg dibasahkan dgn air & tekan ditengah2nya. 
12. Panaskan minyak. Minyak perlu betul2 panas utk pastikan doh kembang bila digoreng. 
13. Tarik memanjang doh yg telah dikembarkan tadi dan masukkan ke dalam minyak. 
14. Goreng hingga keperangan.

Karipap Pusing

Bahan-bahannya:


Doh A
1 cawan gandum 
3 sudu makan butter/majerin
2 sudu makan minyak masak

Doh B
2 cawan gandum
1/3 cawan minyak masak (dipanaskan) 
1 sudu teh garam
2/3 cawan air sejuk

Inti
3 ulas bawang merah (blend) 
2 ulas bawang putih (blend) 
1/4 biji bawang besar (cincang) 
1/2 keping dada ayam (kisar) 
2 biji kentang dipotong dadu
2 sudu makan serbuk kari
3 sudu mkn minyak utk menumis
2 cawan air
Garam & gula secukup rasa

Cara penyediaannya
INTI
1. Tumis bahan-bahan yg telah di blend bersama serbuk kari. 
2. Masukkan dada ayam & kentang. Gaul hingga sebati
3. Masukkan air dan masak inti hingga kering kuahnya & kentang menjadi hancur. 

DOH
1. Gaulkan semua bahan utk Doh A hingga menjadi doh yg agak lembab. 
2. Bahagi kpd 4 bahagian dan bulat2kan. Ketepikan.
3. Masukkan gandum utk Doh B kedalam mangkuk & buat telaga ditengah2nya.
4. Tuangkan minyak panas ke dalam ruang telaga & kacau
5. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga membentuk doh yg tak melekat dijari.
6. Bentukan bulat dan bahagi kepada 4 bahagian. Ketepikan
7. Ambil 1 bahagian dan canai kepada bentuk bulat yg tebal dlm 1cm. 
8. Ambil 1 bahagian dr Doh A dan letak di tengah2 Doh B dan tutup. Bentukkan menjadi bentuk bulat. 
9. Ulang step 5 & 6 utk semua bahagian Doh A & Doh B. 
10. Ambil 1 bahagian doh yg telah disatukan dan canai kpd bentuk memanjang (oblong) dan gulung. 
11. Canai lagi sekali kepada bentuk memanjang & gulung sekali lg
12. Potong gulungan doh td dlm anggaran 1.5cm.
13. Canai potongan doh td kpd bentuk bulat. Akan kelihatan bentuk spiral pd doh yg dicanai. 
14. Masukan inti dlm sukatan 1 sudu teh ke dlm doh yang telah dicanai & klim tepi karipap. 
15. Ulang sehingga habus semua doh. 
16. Goreng hingga keperangan. 

Nota:
1. Kentang boleh dilenyek jika tidak hancur sepenuhnya. 
2. Kalau x pandai klim karipap (macam saya 🤭) sila lah guna acuan karipap.. 

Pancake

Bahan-bahannya:
1 cawan gandum
1 cawan susu segar / UHT
2 sudu mkn gula
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan minyak / mentega cair
1 biji telur

Cara penyediaanya
1. Blend semua bahan-bahan hingga semua sebati. 
2. Senduk 1 senduk & bakar diatas non-stick pan
3. Tunggu hingga permukaan atas berbuih dan terbalikkan. 
4. Hidang bersama butter + madu / maple syrup

Nota:
1. Adjust kepekatan batter. Jika cair, tambah tepung dan jika pekat, tambah air sedikit demi sedikit. 
2. Batter sepatutnya boleh membentuk ribbon jika dicurah dr senduk. 

Marble Cake

Bahan-bahannya:

1 cawan butter 
3/4 cawan gula castor 
3 biji telur gred
1 1/2 cawan tepung gandum (ayak)
1 sudu besar baking powder (ayak)
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko.

Cara penyediaannya:
1. Pukul butter dan gula hingga gebu
2. Masukkan telur, susu pekat & esen vanila, pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan gandum & baking powder. Pukul hingga sebati
4. Pecahkan adunan kpd 2 bahagian. 
5. Salah satu bahagian tu masukkan serbuk koko. Kacau hingga sebati. 
6. Masukkan adunan secara berselang seli hingga habis. 
7. Bakar selama 50min dlm oven yg telah dipanaskan dgn suhu 180 darjah.

Pajeri Kedongdong

Bahan-bahannya
6 ulas bawang merah (blend) 
2 ulas bawang putih (blend) 
1 ibu jari halia (blend) 
Segenggam udang kering / ikan bilis (blend) 
20 biji buah kedondong - celur separuh lembut
1 paket kecil rempah kari daging 
1 sudu besar kerisik
1/2 kg santan segar
2 sudu kecil garam atau secukup rasa 
1/4 buku gula melaka

Cara penyediannya:
1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering sehingga wangi
2. Masukkan rempah kari kering (tak dibancuh dengan air) dan kacau rata cepat cepat. 
3. Masukkan santan, garam, gula melaka dan kerisik supaya kesemua sekali masak mesra.
4. Masukkan buah kedondong serta sedikit air sehingga agak-agak buah kedondong tenggelam sahaja.
5. Masak dengan api sederhana sehingga kuah pecah minyak.

Siakap 3 rasa

Bahan-bahannya:


Untuk Ikan:

1 ekor ikan siakap
Tepung jagung untuk dilumur pada ikan
Minyak untuk menggoreng ikan

Untuk Kuah:
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 biji bawang putih - dititik
5 biji cili padi - dipotong kecil
1/2 inci halia - dihiris halus
1 biji tomato - dipotong dadu
1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili thai
1 sudu besar sos tiram
2 batang serai - dititik
Beberapa helai daun limau purut
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:
1.  Lumurkan ikan dengan garam. Pastikan semua bahagian dilumur rata. 
2. Lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
3.  Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng hingga garing, angkat dan ketepikan
4.  Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai,  dan bawang putih.
5.  Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau sebentar.
6.  Masukkan bawang besar, tomato dan cili benggala.
7.  Masukkan air sedikit. Perasakan dgn garam & gula. 
8.  Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.

Daging Masak Merah

Bahan-bahannya

250gm daging lembu - rebus empuk dgn pewarna merah
2 ulas bawang putih - ketuk
1/2 labu bawang besar - hiris nipis
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
3 sudu mkn sos tomato
2 sudu mkn sos cili
3 urat Kacang panjang (potong 1inci)
1/2 batang carrot (potong jullianne) 
1/2 biji capsicum (potong panjang) 
Garam dan gula secukup rasa
Minyak menggoreng & menumis

Cara penyediaannya:
1. Rebus daging dengan sedikit pewarna merah hingga empuk. 
2. Tos daging & hiris nipis-nipis.
3. Goreng daging tersebut hingga agak garing. Ketepikan.
4. Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili giling. Kacau sehingga cili betul betul garing dan bolehlah di masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato.
5. Masukkan pula daging tadi, kacang panjang, carrot, capsicum dan bawang besar yang di hiris dan kacau. 
6. Perasakan dengan garam dan gula. 

Sundubu Jiggae

Bahan-bahannya
I pack soft tofu
200gm udang (saiz m) 
250gm lala
1 pack cendawan enoki
1/2 cawan oyster mushrooms
1 biji telur
1 batang daun bawang (potong dlm ukuran 1 inci)
2 cawan air stok ikan bilis
1 sudu mkn minyak
1 sudu mkn gochujang/gochugaru
3 ulas bawang putih (cincang) 
1/2 sudu teh kicap
Garam secukup rasa
Sedikit lada hitam
1/2 sudu teh minyak bijan

Cara penyediaan
1. Tumis gochujang, bawang putih. 
2. Masukkan kicap. 
3. Masukkan udang & lala.
4. Masukkan air stok ikan bilis. Gaul hingga serata. 
5.  Masukkan tofu, cendawan & telur.
6. Masukkan daun bawang, lada hitam & minyak bijan.

Capati

Bahan-bahannya
2 cawan tepung atta
1 cawan air suam
Garam secukup rasa(*disatukan dgn air suan & kacau hingga garam larut)
2 camca besar mentega / minyak sapi cair

Cara penyediaan
1. Masukkan tepung atta dalam mangkuk, buat lubang ditengah2 tepung tadi. Tuang air suam bergaram sedikit demi sedikit, gaul dengan tepung. Tuang lagi hingga habis dan terus menggaul hingga menjadi doh
2. Tambah mentega dan terus menguli doh hingga tidak melekat di mangkuk adunan. 
3. Bahagikan doh pada 10 - 12 bahagian, bulat2kan, letak dalam bekas dan tutup dengan towel lembap dan rehatkan 1 jam
4. Tabur tepung pada meja kerja. Ambil 1 biji doh, leper2kan sedikit, tabur tepung dan canai hingga nipis, jika melekat tabur tepung masa mencanai.
5. Panaskan non-stick pan. Gunakan api kecil. Tekan permukaan capati dengan tuala bersih. Bila kelihatan pucat, terbalikkan dan masak sekejap lagi, hingga sedikit perang. 


Nota:
1.Tutup dengan towel bersih capati yang telah masak, untuk mengelakkan ia cepat sejuk dan mengeras.
2. Best makan ngn kuah dhal atau kari daging

4 season vege

Bahan-bahannya

3 ulas bawang merah (ditumbuk) 
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu teh cili giling
1 batang terung (potong jullianne)
4 batang bendi (potong nipis menyerong) 
3 batang kacang botol (potong nipis menyerong) 
3 urat kacang panjang (potong 1 inci) 
50gm udang sayur
1/2 biji bawang holland (hiris nipis) 
Gula & garam
Minyak utk menggoreng & menumis

Cara penyediaan
1. Goreng sekejap semua sayur & tos minyak
2. Tumis bawang & cili giling hingga naik bau. 
3. Masukkan udang & bawang holland. Masak hingga udang masak. 
4. Masukkan semua sayur. Gaul hingga rata. 

Mac & Cheese

Bahan-bahannya:

2 cawan makaroni (direbus hingga al dante) 
100gm udang kecil (dicelur) 
1/2 biji bawang holand (cincang halus) 
3 ulas bawang putih (cincang halus) 
2 sudu makan butter
2 sudu makan gandum
2 cawan susu segar
1 cawan cheese cheddar

Cara penyediaan:
1. Cairkan butter
2. Tumis bawang Holland & bawang putih
3. Masukkan susu. Biarkan menggelegak sedikit.
4. Masukkan gandum. Kacau hingga larut & tak berbiji. 
5. Masukkan cheese & gaul hingga semua cheese cair. 
6. Masukkan makaroni & udang. Gaul rata. 

Nota:
1. Kalau nk bakar, masukkan makaroni yg telah digaul ke dalam mangkuk. Tabur 1 cawan cheese kat permukaan atas & bakar pd suhu 180 darjah utk 20min atau hingga cheese keperangan. 

Paprik Ayam

Bahan-bahannya

1 keping dada ayam (potong nipis) 
1/2 batang carrot (hiris bulat nipis2) 
3 urat kacang panjang (potong 1 inci) 
1/2 biji bawang holland (hiris nipis) 
2 keping daun limau purut
2 btg serai (diketuk) 
3 ulas bawang merah (ditumbuk) 
2 ulas bawang putih (ditumbuk) 
1 sudu mkn kicap manis
1 sudu teh cili giling
1/2 cawan air
Gula & garam
Minyak utk menumis

Cara penyediaan:
1. Tumis bahan yg ditumbuk & cili giling hingga naik bau.
2. Masukkan serai, daun limau purut, kicap, air, gula & garam. 
3. Masukkan ayam & tunggu hingga ayam masak.
4. Masukkan carrot, kacang panjang & bwg holland. Masak hingga sayur agar lembut. 

Ayam Masak Lemak

Bahan-bahannya

1/2 ekor ayam (potong 6-8)
250gm santan pekat
1 cawan santan cair
5 ulas bawang merah (blend) 
2 ulas bawang putih (blend)
1 inci kunyit hidup (blend)
6 biji cili api (blend) 
3 batang serai (diketuk) 
1 helai daun kunyit (hiris halus) 
2 keping asam gelugor
2 cawan air
Garam & gula utk perasa

Cara penyediaan
1. Masukkan ayam bersama bahan yang diblend dan santan cair & air & garam.
2. Rebus ayam sampai 3/4 masak dan kuah agak kering
3. Tambah santan pekat, serai, asam gelugor, gula & garam. Masak hingga ayam betul2 masak.


Nota:
1. Cili api tu ikut tahap kepedasan yg nak.. Kalu ikut org negeri.. Satu pot cili api.. 🤭
2. Masak atas api kecik.. Terutama lps masukkan santan pekat.. Kalau tak senang pecah minyak

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP