Karipap Pusing

Bahan-bahannya:


Doh A
1 cawan gandum 
3 sudu makan butter/majerin
2 sudu makan minyak masak

Doh B
2 cawan gandum
1/3 cawan minyak masak (dipanaskan) 
1 sudu teh garam
2/3 cawan air sejuk

Inti
3 ulas bawang merah (blend) 
2 ulas bawang putih (blend) 
1/4 biji bawang besar (cincang) 
1/2 keping dada ayam (kisar) 
2 biji kentang dipotong dadu
2 sudu makan serbuk kari
3 sudu mkn minyak utk menumis
2 cawan air
Garam & gula secukup rasa

Cara penyediaannya
INTI
1. Tumis bahan-bahan yg telah di blend bersama serbuk kari. 
2. Masukkan dada ayam & kentang. Gaul hingga sebati
3. Masukkan air dan masak inti hingga kering kuahnya & kentang menjadi hancur. 

DOH
1. Gaulkan semua bahan utk Doh A hingga menjadi doh yg agak lembab. 
2. Bahagi kpd 4 bahagian dan bulat2kan. Ketepikan.
3. Masukkan gandum utk Doh B kedalam mangkuk & buat telaga ditengah2nya.
4. Tuangkan minyak panas ke dalam ruang telaga & kacau
5. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga membentuk doh yg tak melekat dijari.
6. Bentukan bulat dan bahagi kepada 4 bahagian. Ketepikan
7. Ambil 1 bahagian dan canai kepada bentuk bulat yg tebal dlm 1cm. 
8. Ambil 1 bahagian dr Doh A dan letak di tengah2 Doh B dan tutup. Bentukkan menjadi bentuk bulat. 
9. Ulang step 5 & 6 utk semua bahagian Doh A & Doh B. 
10. Ambil 1 bahagian doh yg telah disatukan dan canai kpd bentuk memanjang (oblong) dan gulung. 
11. Canai lagi sekali kepada bentuk memanjang & gulung sekali lg
12. Potong gulungan doh td dlm anggaran 1.5cm.
13. Canai potongan doh td kpd bentuk bulat. Akan kelihatan bentuk spiral pd doh yg dicanai. 
14. Masukan inti dlm sukatan 1 sudu teh ke dlm doh yang telah dicanai & klim tepi karipap. 
15. Ulang sehingga habus semua doh. 
16. Goreng hingga keperangan. 

Nota:
1. Kentang boleh dilenyek jika tidak hancur sepenuhnya. 
2. Kalau x pandai klim karipap (macam saya šŸ¤­) sila lah guna acuan karipap.. 

0 comments:

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP