Cakoi (Tanpa Yis)

Bahan-bahannya:
500gm gandum
4gm Baking powder
4gm Soda Bicarbonate
8gm Garam
1biji Telur
15gm minyak masak
280gm air (suhu bilik) 
Minyak utk menggoreng

Cara penyediaan:
1. Campurkan gamdum, garam, baking powder & soda bicarbonate di dalam 1 mangkuk. 
2. Buat lubang ditengah dan masukkan telur & minyak. Gaulkan. 
3. Tuangkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yg agak melekit. 
4. Tutup dgn cling wrap dan rehatkan selama 10 minit. 
5. Sapukan rata minyak pd permukaan satu mangkuk yg lain. 
6. Bentukkan doh tadi menjadi bulat dan letak ke dalam mangkuk yg telah diminyakkan. 
7. Tutup dengan cling wrap dan simpan di dalam peti utk sekurang-kurangnya 5 jam. 
8. Selepas 5 jam, keluarkan doh dan biarkan ia kembali ke suhu bilik sebelum dicanai. Biasanya dalam masa 2 jam. 
9. Canai doh memanjang dan potong ikut lebar 1 inci. 
10. Kembarkan 2 potongan menjadi 1 set.
11. Gunakan chopstick yg dibasahkan dgn air & tekan ditengah2nya. 
12. Panaskan minyak. Minyak perlu betul2 panas utk pastikan doh kembang bila digoreng. 
13. Tarik memanjang doh yg telah dikembarkan tadi dan masukkan ke dalam minyak. 
14. Goreng hingga keperangan.

0 comments:

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP