Kerabu Mangga & Sotong Kering

Bahan-bahan
4 biji mangga muda
1 paket sotong kering (yg telah di tumbuk)
4 ulas bawang merah
1 biji limau nipis
10 biji cili api
2 camca gula
1 camca garam

Cara-caranya
1. Potong bawang nipis
2. potong cili api kecil2
3. Gulung sotong & potong halus
4. Racik mangga halus
5. gaulkan semua bahan yang telah dipotong bersama limau nipis, gula dan garam.

Spagethi Bolognese

Bahan-Bahan

Sedikit Daging Ayam/Lembu - cincang halus
4 biji Tomato merah yg masak ranum
2 ulas bawang putih - blend
1/2 biji bawang besar - blend
1 camca herba (Parsley, Oregano & Basil)
Sedikit Garam & gula
2 sudu makan minyak masak /zaitun
Pasta yang telah direbus
Parmesan Cheese sbg garnishing


Cara-caranya
1. Rebus tomato hingga lembik. Sejukkan. Kupas kulit luar & buang bijinya. Blend hingga menjadi puri
2. Panaskan minyak masak / zaitun
3. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau
4. Masukkan herba campuran. tunggu hingga naik bau.
5. Masukkan daging yang telah dicincang halus. Tunggu hingga empuk
6. Masukkan tomato puri, garam dan gula.
7. Hidangkan diatas Pasta. Taburkan parmesan cheese diatasnya.


Nota :
1. Bagi bayi yang belum mengunyah, gaulkan kuah dan pasta bersama kemudian blend mengikut selera bayi anda.
2. Bagi baby, sila abaikan penggunaan garam & gula

Daging Semur

Bahan-Bahan
1/4 kg Daging
1/2 Paket Rempah Kari Daging Adabi (jadikan pes)
5 Ulas Bawang merah (blend)
3 Ulas Bawang Putih (Blend)
1/2 biji Bawang Besar (Blend)
1/2 Biji Bawang Besar (Hiris Nipis)
2 biji kentang (potong lapan) - digoreng terlebih dahulu
2 sudu cili boh
1/2 cawan Air Asam jawa
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum Bunga Lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1/2 sudu lada hitam (biji)
2 sudu Kicap Pekat
1 sudu kicap Manis
1/2 cawan air
Minyak Masak utk menumis
Gula & Garam secukup rasa

Cara-caranya
1. Panaskan minyak & tumis Bawang merah, bwg putih & bwg besar yg telah diblend hingga naik bau.
2. Masukkan cili boh, pes rempah & rempah kasar (kayu manis, bunga lawang,pelaga, cengkih & lada hitam). Tumis hingga garing
3.Masukkan kicap pekat & kicap manis & air.
4. Masukkan Daging dan biarkan hingga empuk.
5. Masukkan air asam jawa, gula & garam.
6. Biarkan di atas api yg perlahan hingga kuah menjadi pekat.
7. Masukkan hirisan bawang besar dan kentang yg telah siap digoreng. Gaul hingga rata.

Nota : Sedap dimakan bersama roti atau nasi putih.

Percik Ayam

Bahan-Bahan
1/2 ekor ayam (potong 2)

Bahan A
1/2kg Santan Pekat
5 ulas bawang merah (blend)
3 ulas bawang putih (blend)
1/2 inci halia (blend)
2 sudu tepung beras / cornflour (cairkan)
1 biji cili merah (blend)
1 camca serbuk kunyit

Bahan B
2 mangkuk santan cair
3 ulas bawang merah (blend)
3 ulas bawang putih (blend)
1/2 inci halia (blend)

Cara-cara
1. Rebus ayam bersama bahan B hingga ayam separuh masak. Toskan
2. Masak Bahan A di atas api perlahan hingga pekat. Kacau & jgn biarkan santan berketul.
3. Bakar ayam yg telah direbus diatas bara hingga masak.
4. Tuang Santan pekat yang telah dimasak ke atas ayam & bakar kembali.
5. Ulang 2-3 kali bagi mendapatkan selaput percik yang tebal dan menyeluruh.

Nota: Bakar di atas bara arang bg mendapat aroma yg wangi.

Kerutuk Daging /Ayam

Bahan-Bahan
1/2 kg Daging @ 1 ekor ayam
1/2 kg Santan

1 cawan air
2 sudu besar Rempah kerutuk
2 sudu besar Kerisik
8 ulas Bawang merah (blend)
4 ulas Bawang Putih (blend)
1i nci Halia (hiris nipis)
3 btg serai (ketuk) 
1 sudu Cili Boh
1 btg Kayu Manis
2 biji bunga lawang
10 kumtum bunya cengkih
5 biji buah pelaga
1 sudu besar kicap manis
1/2 kerek nise
1 sudu teh pes asam jawa
Garam
Minyak untuk menumis


Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, halia, rempah kerutuk & cili boh hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kasar (Kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga) & serai. tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan daging. Masak hingga lembut.
4. Masukkan santan & kicap dan biarkan mereneh hingga pecah minyak.
5. Masukkan kerisik dan biarkan hingga kuah agak pekat.


Nota: Kerutuk sesuai dimakan dengan Nasi, Roti atau pulut.

Masak Tempoyak Pucuk Ubi

Bahan-bahan
1 ikat Pucuk Ubi
2 papan Petai
3 btg serai (di titik)
5 ulas bawang merah (blend)
5 biji cili api (blend)
2 biji cili merah (blend)
1 mangkuk tempoyak (dicairkan)
1 sudu serbuk kunyit
2 helai daun kunyit
15 ekor udang saiz M atau
1/2 mangkuk ikan Bilis (ditumbuk)
Gula & Garam secukup rasa

Cara-cara
1. Daun Pucuk Ubi direbus hingga lembut. Sejukkan & perah airnya. Daun dihiris halus
2. Semua bahan dinaikkan ke atas api secara serentak.
3. Masak sehingga sedikit pekat.

Pulut Kuning

Bahan-bahan
1kg Beras Pulut
1/2kg Santan Cair
1/2 kg Santan pekat
3 helai Daun Pandan
1 camca Garam
1 sudu Gula
1 sudu serbuk kunyit atau
1/2 camca serbuk pewarna kuning
3 keping asam gelugur
2 biji telur

Cara-cara
1. Rendam beras pulut selama sejam bersama serbuk kunyit / pewarna dan asam gelugur
2. Tos beras & kukus untuk kali pertama. Masukkan daun pandan bg mewangikan pulut.
3. Bila agak masak, keluarkan dr pengukus dan gaul dengan santan cair hingga rata.
4. Kukus kembali.
5. Sementara menunggu santan cair meresap, Masak santan bersama gula & garam dlm periuk yg berlainan.
6. Keluarkan pulut dan gaul sekali lagi dengan santan pekat yg telah dimasak.
7. Tunggu hingga pulut betul2 lembut bg memastikan ianya masak sepenuhnya.
8. Goreng dadar telur & potong halus & tabur atas pulut sebagai hiasan.


Nota:
1. Asam gelugur digunakan untuk merendam beras agar ia kelihatan berkilat bila masak.
2. Sedap dimakan bersama Kerutuk atau Rendang Daging

Kari Ketam

Bahan-bahan
1 kg Ketam
1/4kg Santan
1 paket Rempah Kari Ikan Adabi (gaul dgn air hingga jadi pes)
1 biji Bawang Besar (blend)
3 ulas Bawang Merah (blend)
3 ulas Bawang putih (blend)
1 sudu Cili boh
1 camca Halba Campur
1 tangkai Daun Kari
3 sudu minyak masak
1/2 cawan air

Cara-cara
1. Panaskan minyak & tumis bawang besar, bawang putih, bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan cili boh, rempah kari & halba campuran dan tunggu hingga pecah minyak.
3. Masukkan daun kari & ketam. Gaul tumisan hingga rata.
4. Masukkan air & tutup sekejap.
5. Masukkan santan & kacau sekali sekala di atas api yang perlahan hingga kuah agak pekat & pecah minyak.
6. Tutup api & hidangkan.

Sup Ayam (Krim)

Bahan-Bahan
1/2 keping dada ayam (bersama tulang)
3 cawan air
1 biji Kentang
1/2 batang Lobak Merah
3 ulas Bawang Merah (tumbuk)
2 ulas Bawang putih (tumbuk)
1/4 inci halia (tumbuk)
2 sudu Minyak Sayuran

Cara-cara
1. Panaskan minyak sayuran dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia
2. masukkan air
3. Masukkan ayam, kentang & lobak merah.
4. Biarkan hingga air menjadi 2 cawan
5. Keluarkan ayam & ambil isinya & dicincang. Masukkan kembali ke dalam sup
6. Biarkan sekejap di atas api yg perlahan.
7. Sejukkan sedikit dan blend sup tersebut hingga menjadi krim.


Nota : Sesuai dimakan bersama roti putih atau biskut roti.

Bubur Nasi - Ikan & Broccoli

Bahan-bahan
1/4 cawan Beras
20gm Isi Ikan (Ikan Merah/Salmon/Sebelah) di potong dadu
3 ulas Bawang merah (tumbuk)
2 ulas Bawang putih (tumbuk)
1/4 inci Halia (tumbuk)
3 kuntum Broccoli (potong halus)
2 cawan Air
2 sudu Minyak Sayuran


Cara-cara
1. Panaskan minyak sayuran & tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau
2. Masukkan isi ikan dan sebatikan dengan bahan tumisan
3. Masukkan beras dan air
4. Bila air sudah tinggal separuh, perlahankan api & masukkan broccoli yang telah dipotong.
5. Tunggu hingga air agak kering & tutup api
6. Sejukkan sedikit dan bolehlah dihidang


Nota : Hidang bubur mengikut selera dan kesesuaian bayi. Blend jika perlu.

Potato Salad

Bahan-bahan
4 biji Kentang (saiz besar)
1 biji Bawang besar (cincang halus)
1 camca Cuka
1 camca Gula
1/2 camca Garam
1/2 cawan Mayonis
1 camca Lada hitam (tumbuk halus)
1 camca Herba Campuran (Oregano, Parsley, Basil & etc)
4 cawan air
1 biji Telur Rebus (Untuk hiasan)


Cara-caranya
1. Kupas kentang & potong 8 bahagian
2. Rebus kentang dengan 4 cawan air. Tunggu hingga empuk
3. Toskan kentang & sejukkan sedikit
4. Gaulkan kentang bersama mayonis, garam, gula, lada hitam & herba campuran
5. Simpan di dalam peti sejuk untuk selama 1 jam.
6. Telur rebus di belah empat dan diletakkan di atas hidangan sebagai hiasan


Nota : Hidangan untuk 2-3 orang

Macaroni Alfredo

Bahan-bahan
1/4 cawan Macaroni
1/4 camca Butter (Unsalted)
20gm Daging ayam (dicincang)
1/4 cawan Mix Vege
1/2 cawan Susu (Susu Ibu / Formula)
1/2 biji Bawang besar (Cincang)
3 ulas Bawang putih (cincang)
1 camca Herba campuran (Oregano, Basil, Parsley & etc)
1 sudu Minyak zaitun / sayuran
2 sudu Air masak


Cara Memasak
1. Rebus Macaroni bersama Butter hingga kembang dan toskan.
2. Panaskan minyak zaitun/sayuran
3. Tumis Bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang
4. Masukkan herba campuran
5. Masukkan daging ayam yang telah dicincang
6. Masukkan air masak & rebus daging ayam tersebut hingga masak.
7. Masukkan mix vege. Masak hingga sayur lembut.
8. Masukkan susu. Biarkan sampai mereneh hingga pekat sedikit.
9. Perlahankan api & masukkan macaroni dan gaul hingga sebati.
10. Sejukkan sedikit sebelum dihidang kepada si manja.


Nota : Blend hidangan mengikut kesesuaian atau selera si manja.

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP