Spagethi Bolognese

Bahan-Bahan

Sedikit Daging Ayam/Lembu - cincang halus
4 biji Tomato merah yg masak ranum
2 ulas bawang putih - blend
1/2 biji bawang besar - blend
1 camca herba (Parsley, Oregano & Basil)
Sedikit Garam & gula
2 sudu makan minyak masak /zaitun
Pasta yang telah direbus
Parmesan Cheese sbg garnishing


Cara-caranya
1. Rebus tomato hingga lembik. Sejukkan. Kupas kulit luar & buang bijinya. Blend hingga menjadi puri
2. Panaskan minyak masak / zaitun
3. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau
4. Masukkan herba campuran. tunggu hingga naik bau.
5. Masukkan daging yang telah dicincang halus. Tunggu hingga empuk
6. Masukkan tomato puri, garam dan gula.
7. Hidangkan diatas Pasta. Taburkan parmesan cheese diatasnya.


Nota :
1. Bagi bayi yang belum mengunyah, gaulkan kuah dan pasta bersama kemudian blend mengikut selera bayi anda.
2. Bagi baby, sila abaikan penggunaan garam & gula

0 comments:

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP