Biskut Peanut Butter

Bahan-bahannya :
125 g peanut butter (pilih yang halus)
125 g mentega
2 kuning telur
130 g gula aising
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh baking powder
1 camca teh bicarbonate soda
250 g tepung gandum (kurang lebih)
Kuning telur (untuk hiasan)
Kacang tanah (untuk hiasan)

Cara-cara penyediaan:

  1. Putar mentega, peanut butter, gula aising dan kuning telur hingga sebati dan pucat. Masukkan esen vanilla, baking powder dan soda bikarbonate, putar rata.
  2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang lembut dan boleh dicanai.
  3. Canai doh 1/2 cm tebal dan terap guna acuan kegemaran, alihkan ke dulang pembakar, buat hingga siap. Sapu kuning telur atas biskut tadi dan hias dengan 1/2 bahagian kacang.
  4. Bakar pada suhu 175C selama 15 - 18 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Puteri Mandi

Bahan-bahannya
2 cawan tepung beras pulut
1 cawan kelapa parut
1/2 cawan gula melaka (yg telah disagat)
pewarna
air
secubit garam

Cara-cara penyediaanya
1. Gaul tepung beras pulut bersama garam, pewarna & air. Uli hingga menjadi doh (macam nak buat onde2).
2. bentukkan macam guli2 kecik dan Masukkan kedalam air yg mendidih dan tunggu hingga ia terapung ke permukaan.
3. angkat dan masukkan ke dalam air sejuk
4. Dalam kuali yg berasingan, masakkan kelapa parut bersama gula melaka & 1/2 cawan air.
5. masukkan tepung yg telah dimasak terlebih dahulu kedalam kuali kelapa tadi. Gaul hingga agak kering.

Nota:
1. Kalu rajin boleh buat 2-3 color (usually warna hijau & merah)
2. Kalau tak nak pakai gula melaka, boleh guna gula pasir tapi kena kurangkan skit kuantiti sbb gula pasir lagi manis.

Puding Pisang Diraja

Bahan-bahannya

1 sisir pisang emas (average 12 biji)
2 biji telur (dipukul)
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
2 sudu esen vanila
minyak utk menggoreng
Hirisan Badam & Kismis sebagai hiasan


Cara-cara penyediannya:
1. Pisang yg telah dikopek kulitnya di celup ke dalam telur & digoreng hingga keperangan.
2. Toskan pisang yg telah digoreng tadi.
3. Masak susu cair bersama gula & esen vanila hingga mendidih.
4. Masukkan pisang yg telah digoreng tadi dan biarkan mereneh selama 10 minit sebelum dimatikan api.
5. Taburkan hirisan badam yg telah dipanggang & kismis semasa menghidang.

Nota:
1. Boleh juga gunakan Kueh Jala Mas sebagai hiasan.

Chicken Puree with Sweet Potato & Apple

Bahan-bahannya
1/2 sudu besar minyak zaitun
1/2 biji bawang besar (dihiris nipis)
100 gm isi ayam (dipotong dadu)
1 biji ubi keledek (dipotong dadu)
1 cwn chic stock (unsalted) or air yg dimasak dgn bay leave
1 biji apple (dipotong dadu)

Cara-cara Peneyediaanya
1. Tumis bawang besar dgn minyak zaitun
2. masukkan ayam & masak hingga keperangan
3. masukkan keledek, apple & stok
4. biarkan mereneh selama 15 minit atau hingga keledek & apple tadi lembut
5. Blend mengikut konsistensi yg bersesuaian dgn umur anak anda.

Kuah Kacang

Bahan-bahannya

2 cawan kacang tanah (disangai, buang kulit & tumbuk halus)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
20 tangkai cili kering (ditumbuk) atau 2 sudu besar cili boh
1/2 inci halia (ditumbuk)
1/2 inci lengkuas (ditumbuk)
3 batang serai (dititik)
1 cawan santan pekat
2 sudu teh udang kering (ditumbuk)
air masak
gula melaka
garam


Cara-cara penyediaan:
1. Tumis bawang,cili giling, halia, lengkuas dan serai hingga naik bau
2. masukkan udang kering dan kacang yg telah ditumbuk
3. masukkan santan, gula melaka dan garam. gaul hingga sebati
4. masukkan air mengikut kepekatan yg dikehendaki.
5. masak hingga pecah minyak.


Nota:
1. Untuk dimakan bersama cucur udang, tak perlu guna santan. Cuma perlu masak lebih lama bagi memastikan pecah minyak.
2. Boleh juga dimasukkan isi ayam atau daging yg telah dicincang. Masukkan bersama2 dgn udang kering.

Onde - onde

Bahan-bahannya

2 cawan tepung beras pulut
1/2 cawan air perahan pandan atau 1 sudu teh pewarna hijau
secubit garam
gula melaka (dipotong dadu - kecil)
1 cawan kelapa parut (tambah 1/2 sudu garam bagi tambah rasa)
air untuk merebus


Cara-cara membuatnya
1. Gaul tepung, garam dan air perahan pandan bersama-sama. Air dimasukkan sedikit demi sedikit.
2. Uli hingga menjadi doh. Doh tu jgnlah terlalu lembek (melekat di jari) atau terlalu keras (pecah jika dibulatkan kecil2)
3. ambil sedikit doh (1 camca) dan leperkan.
4. letakkan gula melaka & bulatkan macam guli
5. Masukkan kedalam air yg mendidih. Ia akan terapung bila sudah masak
6. angkat keluar dan gaul dengan kelapa parut.

Agar-agar Pandan Bersantan

Bahan-bahannya

5-6 helai daun pandan (tumbuk & perah amik airnya)
1 paket serbuk agar2
900ml air
100ml santan
1 biji telur
1 cawan gula

Cara-cara penyediaan
1. Pukul telur hingga kembang & gaul hingga sebati dgn santan & perahan pandan
2. Masak air, serbuk agar2 dan gula hingga mendidih
3. Masukkan adunan (1) perlahan2 dan jgn berhenti kacau hingga semuanya sebati bagi mengelakkan telur berketul2 besar. Masak hingga mendidih
4. Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan.


Nota:
1. Bila beku, agar2 ini akan terbahagi kepada 2 dgn sendirinya.
2. Jumlah air hendaklah mengikut jumlah air yg disarankan pada paket agar2.
3. Jumlah air + santan hnedaklah sama dgn jumlah liquid yg disarankan pada paket agar2.
4. Jumlah gula boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing2.

Thai Green Curry

Bahan-bahannya:

Pes Kari:
5 batang cili hijau
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 helai daun limau purut
3 batang serai
1/2 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh garam



Bahan-bahan lain:

1 batang terung atau 1/2 cawan terung burung
1/2 biji bawang besar (dihiris nipis)
1/2 ekor ayam
1 sudu nampla (fish sauce)
4 helai daun limau purut
1/2 cawan daun thai basil (daun selasih)
2 cawan santan pekat
1 cawan air
gula & garam secukup rasa


Cara - cara penyediaan:

1. Campurkan semua bahan2 utk pes kari ke dalam blender dan blend hingga betul2 lumat
2. Didihkan santan pekat hingga pecah minyak
3. Masukkan pes kari dan ayam. gaul hingga sebati.
4. Bila dah separuh masak, masukkan terung, nampla, gula dan garam. Gaul hingga sebati.
5. Bila dah masak masukkan thai basil & daun limau purut.



Note:
1. Terung burung ialah terung kecik warna hijau macam berry..kalu masa kecil2 kat kg dulu buat peluru menembak
2. jumlah nampla tu boleh ditambah ikut tahap penerimaan tekak anda..

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP