Biskut Peanut Butter

Bahan-bahannya :
125 g peanut butter (pilih yang halus)
125 g mentega
2 kuning telur
130 g gula aising
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh baking powder
1 camca teh bicarbonate soda
400 g tepung gandum (kurang lebih)
Kuning telur (untuk hiasan)
Kacang tanah (untuk hiasan)

Cara-cara penyediaan:

  1. Putar mentega, peanut butter, gula aising dan kuning telur hingga sebati dan pucat. Masukkan esen vanilla, baking powder dan soda bikarbonate, putar rata.
  2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang lembut dan boleh dicanai.
  3. Canai doh 1/2 cm tebal dan terap guna acuan kegemaran, alihkan ke dulang pembakar, buat hingga siap. Sapu kuning telur atas biskut tadi dan hias dengan 1/2 bahagian kacang.
  4. Bakar pada suhu 175C selama 15 - 18 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

0 comments:

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP