Kungpoa Chicken

Bahan-bahannya

Bahan perapan
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh minyak

Bahan sos
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka epal
2 sudu besar air
1 sudu teh tepung jagung

1/2 ekor ayam (potong kecil) 
2 sudu kacang tanah / cashew (goreng) 
5 tangkai cili kering (potong 1 inci panjang, buang biji & rendam) 
1 inci halia (hiris nipis) 
3 biji bawang putih (hiris nipis) 
1/2 biji bawang besar (potong kasar) 
1 tangkai daun bawang (potong 1 inci panjang) 
Minyak utk meggoreng & menumis
Garam & gula secukup rasa

Cara penyediaan
1. Perap ayam dgn bahan perapan selama 30 minit. 
2. Goreng ayam tersebut hingga 3/4 masak. Angkat, tos & ketepikan. 
3. Tumis bawang putih, halia, cili kering & bawang besar hingga naik bau. 
4. Masukkan semua bahan sos dan gaul hingga mereneh. 
5. Masukkan ayam dan gaul rata. Biarkan mendidih. 
6. Masukkan daun bawang & kacang tanah. Gaul rata & biarkan hingga kuah likat. 

Nota:
1. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air. 

Pulut Sekaya

Bahan-bahannya


Lapisan bawah:
250gm beras pulut - rendam
150ml santan pekat
150ml air
1 sudu kecil garam

Lapisan atas:
5 biji telur - pukul sebati
200ml santan pekat
125gm gula melaka - hiris racik
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara penyedian:
1. Tos beras pulut dan dicampur dengan santan, air dan garam. Kacau sebati dan kukus atau tanak sehingga masak. 
2. Masukkan pulut yang dikukus dalam loyang yang telah disapu minyak. Tekan pulut agar padat. Tabur sikit tepung gandum di permukaan atas. 
3. Pukul telur hingga sebati. 
4. Kisar santan, garam dan gula melaka sehingga sebati dan gula melaka larut. 
5. Satukan dgn telur yg telah dipukul. Kacau rata. 
6. Tapis dan tuang atas pulut. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak. 

Kuih Lapis

Bahan-bahannya

2 cawan tepung beras
1 cwn tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 cwn gula pasir
5 cwn santan ( jgn pekat sangat)
1/2 sudu teh garam

Cara penyediaannya
1. Blend semua bahan. Lepas tu tapis.
2. Bahagi 2 or 3 color
3. Tuang adunan kedalam loyang pengukus (tebal dlm 2mm) berselang seli. 4. Kukus setiap lapis dlm 5 min ++
5. Cucuk dgn garfu bila lapisan sudah keras, supaya setiap lapisan tu melekat.

Corn Dogs

Bahan-bahannya

1 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh gula
1 biji telur
1 cawan susu sejuk
1/2 cawan serbuk roti (optional)
7 batang sosej
7 keping cheese slice (ikut suka nk guna cheese apa pun) 
7 batang lidi satay

Cara penyediaan
1. Cucuk sosej menggunakan lidi. 
2. Balut sosej dgn cheese. Simpan dalam freezer utk selama 30min
3. Satukan gandum, baking powder, garam & gula.
4. Bancuh bahan-bahan kering tersebut dengan telur & susu. 
5. Masukkan ke dalam gelas tinggi bagi memudahkan proses mencelup. Rehatkan selama 30min didalam peti ais. 
6. Panaskan minyak. 
7. Bedakkan sosej dgn sedikit tepung bg membolehkan bancuhan senang lekat. 
7. Celup sosej ke dalam bancuhan dan tabur dgn serbuk roti (optional).
8. Masukkan sosej tersebut ke dalam minyak panas.
9. Goreng hingga keperangan dan tos minyak. 

Cakoi (Tanpa Yis)

Bahan-bahannya:
500gm gandum
4gm Baking powder
4gm Soda Bicarbonate
8gm Garam
1biji Telur
15gm minyak masak
280gm air (suhu bilik) 
Minyak utk menggoreng

Cara penyediaan:
1. Campurkan gamdum, garam, baking powder & soda bicarbonate di dalam 1 mangkuk. 
2. Buat lubang ditengah dan masukkan telur & minyak. Gaulkan. 
3. Tuangkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yg agak melekit. 
4. Tutup dgn cling wrap dan rehatkan selama 10 minit. 
5. Sapukan rata minyak pd permukaan satu mangkuk yg lain. 
6. Bentukkan doh tadi menjadi bulat dan letak ke dalam mangkuk yg telah diminyakkan. 
7. Tutup dengan cling wrap dan simpan di dalam peti utk sekurang-kurangnya 5 jam. 
8. Selepas 5 jam, keluarkan doh dan biarkan ia kembali ke suhu bilik sebelum dicanai. Biasanya dalam masa 2 jam. 
9. Canai doh memanjang dan potong ikut lebar 1 inci. 
10. Kembarkan 2 potongan menjadi 1 set.
11. Gunakan chopstick yg dibasahkan dgn air & tekan ditengah2nya. 
12. Panaskan minyak. Minyak perlu betul2 panas utk pastikan doh kembang bila digoreng. 
13. Tarik memanjang doh yg telah dikembarkan tadi dan masukkan ke dalam minyak. 
14. Goreng hingga keperangan.

Karipap Pusing

Bahan-bahannya:


Doh A
1 cawan gandum 
3 sudu makan butter/majerin
2 sudu makan minyak masak

Doh B
2 cawan gandum
1/3 cawan minyak masak (dipanaskan) 
1 sudu teh garam
2/3 cawan air sejuk

Inti
3 ulas bawang merah (blend) 
2 ulas bawang putih (blend) 
1/4 biji bawang besar (cincang) 
1/2 keping dada ayam (kisar) 
2 biji kentang dipotong dadu
2 sudu makan serbuk kari
3 sudu mkn minyak utk menumis
2 cawan air
Garam & gula secukup rasa

Cara penyediaannya
INTI
1. Tumis bahan-bahan yg telah di blend bersama serbuk kari. 
2. Masukkan dada ayam & kentang. Gaul hingga sebati
3. Masukkan air dan masak inti hingga kering kuahnya & kentang menjadi hancur. 

DOH
1. Gaulkan semua bahan utk Doh A hingga menjadi doh yg agak lembab. 
2. Bahagi kpd 4 bahagian dan bulat2kan. Ketepikan.
3. Masukkan gandum utk Doh B kedalam mangkuk & buat telaga ditengah2nya.
4. Tuangkan minyak panas ke dalam ruang telaga & kacau
5. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga membentuk doh yg tak melekat dijari.
6. Bentukan bulat dan bahagi kepada 4 bahagian. Ketepikan
7. Ambil 1 bahagian dan canai kepada bentuk bulat yg tebal dlm 1cm. 
8. Ambil 1 bahagian dr Doh A dan letak di tengah2 Doh B dan tutup. Bentukkan menjadi bentuk bulat. 
9. Ulang step 5 & 6 utk semua bahagian Doh A & Doh B. 
10. Ambil 1 bahagian doh yg telah disatukan dan canai kpd bentuk memanjang (oblong) dan gulung. 
11. Canai lagi sekali kepada bentuk memanjang & gulung sekali lg
12. Potong gulungan doh td dlm anggaran 1.5cm.
13. Canai potongan doh td kpd bentuk bulat. Akan kelihatan bentuk spiral pd doh yg dicanai. 
14. Masukan inti dlm sukatan 1 sudu teh ke dlm doh yang telah dicanai & klim tepi karipap. 
15. Ulang sehingga habus semua doh. 
16. Goreng hingga keperangan. 

Nota:
1. Kentang boleh dilenyek jika tidak hancur sepenuhnya. 
2. Kalau x pandai klim karipap (macam saya 🤭) sila lah guna acuan karipap.. 

Pancake

Bahan-bahannya:
1 cawan gandum
1 cawan susu segar / UHT
2 sudu mkn gula
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan minyak / mentega cair
1 biji telur

Cara penyediaanya
1. Blend semua bahan-bahan hingga semua sebati. 
2. Senduk 1 senduk & bakar diatas non-stick pan
3. Tunggu hingga permukaan atas berbuih dan terbalikkan. 
4. Hidang bersama butter + madu / maple syrup

Nota:
1. Adjust kepekatan batter. Jika cair, tambah tepung dan jika pekat, tambah air sedikit demi sedikit. 
2. Batter sepatutnya boleh membentuk ribbon jika dicurah dr senduk. 

Marble Cake

Bahan-bahannya:

1 cawan butter 
3/4 cawan gula castor 
3 biji telur gred
1 1/2 cawan tepung gandum (ayak)
1 sudu besar baking powder (ayak)
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko.

Cara penyediaannya:
1. Pukul butter dan gula hingga gebu
2. Masukkan telur, susu pekat & esen vanila, pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan gandum & baking powder. Pukul hingga sebati
4. Pecahkan adunan kpd 2 bahagian. 
5. Salah satu bahagian tu masukkan serbuk koko. Kacau hingga sebati. 
6. Masukkan adunan secara berselang seli hingga habis. 
7. Bakar selama 50min dlm oven yg telah dipanaskan dgn suhu 180 darjah.

Pajeri Kedongdong

Bahan-bahannya
6 ulas bawang merah (blend) 
2 ulas bawang putih (blend) 
1 ibu jari halia (blend) 
Segenggam udang kering / ikan bilis (blend) 
20 biji buah kedondong - celur separuh lembut
1 paket kecil rempah kari daging 
1 sudu besar kerisik
1/2 kg santan segar
2 sudu kecil garam atau secukup rasa 
1/4 buku gula melaka

Cara penyediannya:
1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering sehingga wangi
2. Masukkan rempah kari kering (tak dibancuh dengan air) dan kacau rata cepat cepat. 
3. Masukkan santan, garam, gula melaka dan kerisik supaya kesemua sekali masak mesra.
4. Masukkan buah kedondong serta sedikit air sehingga agak-agak buah kedondong tenggelam sahaja.
5. Masak dengan api sederhana sehingga kuah pecah minyak.

Siakap 3 rasa

Bahan-bahannya:


Untuk Ikan:

1 ekor ikan siakap
Tepung jagung untuk dilumur pada ikan
Minyak untuk menggoreng ikan

Untuk Kuah:
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 biji bawang putih - dititik
5 biji cili padi - dipotong kecil
1/2 inci halia - dihiris halus
1 biji tomato - dipotong dadu
1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili thai
1 sudu besar sos tiram
2 batang serai - dititik
Beberapa helai daun limau purut
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:
1.  Lumurkan ikan dengan garam. Pastikan semua bahagian dilumur rata. 
2. Lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
3.  Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng hingga garing, angkat dan ketepikan
4.  Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai,  dan bawang putih.
5.  Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau sebentar.
6.  Masukkan bawang besar, tomato dan cili benggala.
7.  Masukkan air sedikit. Perasakan dgn garam & gula. 
8.  Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.

Daging Masak Merah

Bahan-bahannya

250gm daging lembu - rebus empuk dgn pewarna merah
2 ulas bawang putih - ketuk
1/2 labu bawang besar - hiris nipis
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
3 sudu mkn sos tomato
2 sudu mkn sos cili
3 urat Kacang panjang (potong 1inci)
1/2 batang carrot (potong jullianne) 
1/2 biji capsicum (potong panjang) 
Garam dan gula secukup rasa
Minyak menggoreng & menumis

Cara penyediaannya:
1. Rebus daging dengan sedikit pewarna merah hingga empuk. 
2. Tos daging & hiris nipis-nipis.
3. Goreng daging tersebut hingga agak garing. Ketepikan.
4. Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili giling. Kacau sehingga cili betul betul garing dan bolehlah di masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato.
5. Masukkan pula daging tadi, kacang panjang, carrot, capsicum dan bawang besar yang di hiris dan kacau. 
6. Perasakan dengan garam dan gula. 

Sundubu Jiggae

Bahan-bahannya
I pack soft tofu
200gm udang (saiz m) 
250gm lala
1 pack cendawan enoki
1/2 cawan oyster mushrooms
1 biji telur
1 batang daun bawang (potong dlm ukuran 1 inci)
2 cawan air stok ikan bilis
1 sudu mkn minyak
1 sudu mkn gochujang/gochugaru
3 ulas bawang putih (cincang) 
1/2 sudu teh kicap
Garam secukup rasa
Sedikit lada hitam
1/2 sudu teh minyak bijan

Cara penyediaan
1. Tumis gochujang, bawang putih. 
2. Masukkan kicap. 
3. Masukkan udang & lala.
4. Masukkan air stok ikan bilis. Gaul hingga serata. 
5.  Masukkan tofu, cendawan & telur.
6. Masukkan daun bawang, lada hitam & minyak bijan.

Capati

Bahan-bahannya
2 cawan tepung atta
1 cawan air suam
Garam secukup rasa(*disatukan dgn air suan & kacau hingga garam larut)
2 camca besar mentega / minyak sapi cair

Cara penyediaan
1. Masukkan tepung atta dalam mangkuk, buat lubang ditengah2 tepung tadi. Tuang air suam bergaram sedikit demi sedikit, gaul dengan tepung. Tuang lagi hingga habis dan terus menggaul hingga menjadi doh
2. Tambah mentega dan terus menguli doh hingga tidak melekat di mangkuk adunan. 
3. Bahagikan doh pada 10 - 12 bahagian, bulat2kan, letak dalam bekas dan tutup dengan towel lembap dan rehatkan 1 jam
4. Tabur tepung pada meja kerja. Ambil 1 biji doh, leper2kan sedikit, tabur tepung dan canai hingga nipis, jika melekat tabur tepung masa mencanai.
5. Panaskan non-stick pan. Gunakan api kecil. Tekan permukaan capati dengan tuala bersih. Bila kelihatan pucat, terbalikkan dan masak sekejap lagi, hingga sedikit perang. 


Nota:
1.Tutup dengan towel bersih capati yang telah masak, untuk mengelakkan ia cepat sejuk dan mengeras.
2. Best makan ngn kuah dhal atau kari daging

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP