Spaghetti Carbonara

Bahan-bahannya
1 paket spaghetti
1/2 labu bawang besar Holland (dicincang)
6 ulas bawang putih (dicincang)
1/2 sudu teh oregano (serbuk kasar)
1/2 sudu teh parsley (serbuk kasar)
2 helai daun basil
1 keping dada ayam (dikisar halus)
2 batang frankfurter (dihiris nipis)
1/2 tin cendawan butang (dihiris nipis)
200ml cooking cream
1 cawan air rebusan ayam (chicken stock)
1/2 cawan mixed vegetables
1 sudu mkn tepung gandum
3 sudu makan parutan keju cheddar
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan
1. Rebus 1 peket spaghetti bersama sedikit garam hingga al-dante & toskan hingga kering.
2. Tumis bawang besar, bawang putih & semua herba hingga naik bau.
3. Masukkan ayam kisar & gaul sebati dgn bahan tumisan.
4. Masukkan air rebusan ayam & masak hingga isi ayam masak sepenuhnya.
5. Masukkan hirisan frankfurters, cendawan butang & mixed vege & masak hingga sempurna.
6. Masukkan cooking cream & biarkan mendidih.
7. Campurkan tepung gandum dgn sedikit air untuk mendapat cairan likat.
8. Masukkan campuran tepung gandum dan masak hingga pekat.
9. Masukkan parutan keju cheddar dan masak hingga keju cair.

Note:
1. Masak guna api yg perlahan selepas masukkan cooking cream agar tidak pecah minyak.
2. Tak digalakkan guna keju mozarella untuk elakkan kuah menjadi melekit.
3. Kalau kuah terlalu cair.. Tambah campuran gandum dan jika terlalu pekat.. Tambah air hingga mendapat likat kuah yg dikehendaki.
4. Kuah yg terlalu cair sudah nk lekat kat spaghetti

Rendang Ayam

Bahan-bahannya
1 ekor ayam (potong 16)
500gm santan
10 ulas bawang merah (kisar halus)
10 ulas bawang putih (kisar halus)
3 sudu mkn cili giling
10 biji cili api (kisar halus)
2 inci halia (kisar halus)
3 biji buah keras (kisar halus)
1 inci lengkuas (kisar halus)
3 batang serai (kisar halus)
3 batang serai (ketuk)
1 sudu teh pes asam jawa
2 sudu makan kerisik
2 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut
Minyak untuk menumis
Gula & garam secukup rasa

Cara penyediaan
1. Tumis bahan yg telah dikisar, cili giling & serai yg diketuk hingga naik minyak
2. Masukkan daun limau purut, santan, asam jawa masak hingga pecah minyak
3. Masukkan ayam, gula, garam & daun kunyit.. Masak hingga kuah menjadi hampir kering.
4. Masukkan kerisik dan masak hingga kepekatan yg diingini.

Kuah Kacang

Bahan-bahannya
500gm kacang tanah (sangai & kisar hancur)
1kg santan
10 ulas bawang merah (kisar halus)
10 ulas bawang putih (kisar halus)
3 sudu mkn cili giling
2 inci halia (kisar halus)
1 inci lengkuas (kisar halus)
3 batang serai (kisar halus)
3 batang serai (ketuk)
3 sudu mkn udang kering (kisar halus)
3 biji buah keras (kisar halus)
1 sudu teh pes asam jawa
1 ketul gula melaka
Garam secukup rasa
1/2 cawan minyak masak (utk menumis)

Cara penyediaan
1. Tumis bahan-bahan yg telah dikisar halus, serai yg diketuk & cili giling hingga pecah minyak.
2. Masukkan kacang tanah & gaul hingga sebati.
3. Masukkan pes asam jawa, gula melaka & garam.
4. Masukkan santan dan masak hingga pecah minyak.

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP