Carrot Cake

Bahan-bahannya
5 biji telur (saiz A)
250gm butter (1 kiub) - suhu bilik
2 cawan gula perang
2 sudu teh vanila esen
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
2 sudu teh serbuk kayu manis
3 cawan carrot (yang telah diparut)
1 cawan walnut/hazelnut/almond (yang telah dicincang)
1/2 cawan serbuk kacang (walnut/hazulnut/almond)


Cara2 Menyediakan
1. Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur dan pukul hingga kembang
3. Masukkan essen vanila, soda bikarbonat dan baking powder
4. Masukkan serbuk kayu manis dan gaul hingga sebati
5. Masukkan tepung dan carrot berselang seli sehingga habis
6. Masukkan serbuk kacang dan kacang yang telah dicincang dan gaul hingga sebati.
7. Masukkan ke dalam acuan pembakar dan bakar selama 1 jam pada suhu 190 darjah.


Nota:
Jika tidak mahu menggunakan serbuk kacang, kurangkan gamdum sebanyak 1/2 cawan.

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP