Kuih cara (manis)

Bahan-bahan

1 cwn tepung gandum
1 cwn santan
1 cwn susu sejat
1 biji telur
sedikit garam
1 sudu pati pandan
2 sudu minyak masak
5 sudu gula pasir
Minyak secukupnya


Cara-cara

1. Aduktepung gandum, santan, susu,telur, garam, pati pandan sehingga sebati. Pastikan ianya tidak berketul
2. Panaskan acuan kuih baulu dgn api yg kecil,sapukan minyak pada lubang2 acuan.
3. Tuangkan bancuhan ke dalam lubang acuan.
4. Masukkan sedikit gula (1/2 sudu kecil) pada setiap kuih yg separuh masak.
5. Tutup acuan dgn penutup periuk dan biarkan hingga masak. Ulang sehingga habis

Puding Roti sardin

bahan-bahannya

setengah buku roti
Butter
2 sudu minyak
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar (hiris)
1 biji tomato (hiris)
2 cubit garam
2 biji telur (pecah dan kacaukan)
lada sulah
1/2 biji capsicum (merah/hijau/kuning)

Cara-cara penyediaan
1. lenyekkan sardin hingga hampir hancur
2. tumis bawang besar hingga naik bau.
3. masukkan sardin yg telah dihancurkan tadi bersama sos sardin.
4. Masukkan garam & lada putih dan kacau hingga sebati
5. masukkan tomato dan gaul hingga sebati. Tutup api.
6. Roti disapukan sedikit butter dan dicarik-carikkan.
7. susun roti di atas loyang (bottom) yg telah digriskan.
8. taburkan 1/2 adunan sardin tadi diatas roti.
9. susun roti selapis lagi
10. masukkan baki sardin atas roti tadi.
11. Tuang telur yang dipukul diatas adunan tadi & susun capsicum di atas adunan.

12. Bakar selama 30 minit dengan suhu 180 darjah celcius.

Baked Bean with Minced Meat

bahan-bahannya

100gm daging (dikisar)
1 tin baked bean
1/2 labu bawang besar (dicincang)
5 ulas bawang putih (dicincang)
2 sudu tomato sauce
1 sudu parsley
1 sudu teh kulit kayu manis (ground) - optional
1 sudu teh jintan putih (ground) - optional
minyak untuk menumis

cara penyediaan

1. tumis bawang besar & bawang putih hingga naik bau
2. masukkan daging, kulit kayu manis & jintan putih & masak hingga daging betul2 empuk
3. masukkan baked bean & tomato sauce. Gaul hingga sebati
4. masukkan parsley & masak hingga mendidih.


Nota:
1. Best makan dengan roti.

Mashed Potato & Gravvy

bahan-bahan Mashed Potato
500gm kentang (preferably russet)
1/2 cwn susu
2 sudu butter
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu parsley
sedikit pepper

bahan-bahan Gravvy
2 sudu butter
1 ulas bwg putih
1 sudu tepung gandum
2 sudu concentrated chicken stock
1 cwn air
1/2 sudu teh garam
1 sudu brown sauce

Cara-cara penyediaan Mashed Potato
1. Rebus kentang yang telah dikopek hingga betul2 empuk
2. lenyek kentang hingga lumat semasa ianya masih suam.
3. Masukkan butter yg telah dilembutkan dan gaul hingga sebati.
4. Masukkan susu, garam, parsley & pepper dan gaul hingga sebati

Cara-cara penyediaan Gravvy
1. Panaskan butter & tumis bawang putih yg telah ditumbuk lumat.
2. masukkan gandum dan goreng hingga agak kekuningan. Jgn sampai hangus
3. Masukkan air & chicken stock. Kacau hingga sebati dgn whisker. Pastikan tiada ketulan.
4. masukkan brown sauce & garam dan masak hingga mendidih.


Nota:
1. kalu lenyek kentang masa ia sudah sejuk, butter susah nak dissolve.

Daging Black Pepper

Bahan-bahannya
200gm daging (hiris nipis)
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar (potong nipis)
1 sudu teh lada hitam (ground)
1 sudu kicap pekat
2 sudu kicap manis
2 biji kentang (potong 6 - wedges di goreng separuh masak)
1/4 cawan air
minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaannya
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih & halia
2. tumis bahan2 yang telah ditumbuk.
3. masukkan daging & masak hingga empuk
4. Masukkan serbuk lada hitam, kicap pekat, kicap manis & air. Gaul hingga sebati
5. masukkan kentang yg telah digoreng & bawang besar dan masak hingga kuah meresap ke dalam kentang.

Kurma Daging / Ayam

Bahan-bahannya
500gm daging atau 1 ekor ayam
200gm santan
1 paket rempah kurma
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 labu bawang besar (potong 8 jadi wedges)
2 helai daun pandan
3 biji cili hijau (belah 2)
1 sudu teh pes asam jawa
2 biji kentang (potong 8)
gula & garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan
1. Blend bawang merah, bawang putih & halia
2. Tumis bahan yg telah di blend, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga hingga naik bau.
3. Masukkan rempah kurma yang telah digaul dengan sedikit air hingga menjadi pes
4. Masukkan ayam / daging & gaul hingga mesra dengan bahan yg telah ditumis hingga agak masak.
5. masukkan air asam jawa, gula & garam dan gaul hingga sebati.
6. Masukkan kentang, bawang besar & daun pandan dan masak hingga kentang agak lembut
7. Masukkan santan & cili hijau dan masak hingga daging betul2 lembut.

Masak Lemak Daging Salai

Bahan-bahannya
200gm daging yang telah disalai
200gm santan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
20 tangkai cili api
2 keping asam gelugur
3 batang serai (dititik)


Cara penyediaan
1. Blend bawang merah, bawang putih, cili api & kunyit.
2. Masukkan daging yang telah dihiris nipis, santan, serai bahan yg telah diblend& asam gelugur
3. masak hingga mendidih.



Nota:
1. Daging boleh disalai dlm oven dgn suhu yang rendah & tempoh yg lama tapi tak dapatla aroma charcoal tu..
2. kunyit hidup & santan yg pekat dapat mengurangkan kepedasan
3. Jgn sampai pecah minyak.

Ayam Masak Merah

bahan-bahannya
1 ekor ayam (potong 10 @ 12)
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 tangkai cili merah
1 labu bawang besar - potong nipis
3 sudu tomato puree
3 sudu tomato sauce
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
5 biji buah pelaga
1/2 tin susu cair
1 sudu cili giling
2 batang serai
Minyak utk menumis

Cara penyediaan
1. Blend bawang merah, bawang putih, halia & cili merah.
2. Ayam diperap dgn garam kunyit selama 1 jam & di goreng hingga separuh masak.
3. Tumis bahan2 yg telah diblend, cili giling, kayu manis, cengkih, pelaga & bunga lawang hingga naik bau.
4. Masukkan serai yg telah diketuk, tomato puree & tomato sauce dan gaul hingga sebati.
5. Bila agak2 pecah minyak, masukkan susu cair & bawang besar.
6. Masukkan ayam dan gaul hingga sebati. Biarkan sekejap hingga ayam betul2 masak dan kuah terpalit ke ayam.

Nota:
1.best dimakan bersama nasi briyani atau nasi tomato.

Ayam Goreng Rempah

Bahan-bahannya
1 ekor ayam (dipotong 8 atau 12)
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 batang serai
1 1/2 inci halia
1 inci kunyit
3 sudu jintan manis
3 sudu jintan putih
3 sudu ketumbar
1 1/2 sudu teh garam
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan
1. blend semua bahan bersama.
2. perapkan ayam dengan bahan yg telah diblend sekurang2nya 1 jam
3. Goreng ayam.


Nota:
1. kunyit hidup boleh diganti dengan 1 sudu teh serbuk kunyit
2. kaut sisa rempah yang tertinggal didalam minyak menggoreng untuk digunakan sebagai garnishing. rempah itu juga enak dimakan dengan cara menggaulnya dengan nasi panas.
3. Best dimakan bersama nasi lemak atau nasi briyani atau nasi tomato..

Nasi Tomato

Bahan-bahannya
4 pot beras basmathi
1 sudu concentrated chicken stock
3 sudu minyak sapi
5 ulas bawang merah (blend)
5 ulas bawang putih (blend)
1 cm halia (blend)
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 sudu bunga cengkih
5 biji buah pelaga
3 sudu tomato puree
1 tin susu cair
6 pot air
garam & gula secukup rasa


Cara-cara penyediaan
1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga dgn minyak sapi yang telah dicairkan hingga naik bau.
2. masukkan tomato puree, gula & garam dan gaul hingga sebati. Tutup api.
3. Masukkan beras dan gaul hingga sebati.
4. pindahkan beras yang telah digaul tadi ke dalam rice cooker.
5. Campurkan concentrated chicken stok, susu cair & air. Sukat agar menjadi 8 pot air
6. Masukkan campuran susu cair tadi ke dalam rice cooker.

Nota:
1. Masak nasi tersebut dengan 2 helai daun pandan agar ianya lebih wangi.
2. Nasi tomato enak dimakan bersama ayam masak merah atau ayam goreng rempah, kurma daging dan jelatah.

Nasi Ayam Hainan

Bahan-bahannya

Untuk sup

1 ekor ayam (potong 4)
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 1/2 liter air
2 sudu concentrated chicken stock
garam & gula secukup rasa

Untuk Nasi
4 pot beras
3 ulas bawang putih
1 inci halia

untuk sambal cili
5 tangkai cili merah
1/2 biji limau nipis
1 ulas bawang putih
sedikit garam sebagai perasa

Untuk sambal halia
2 inci halia
3 ulas bawang putih
sedikit garam sebagai perasa

Untuk Kicap
3 sudu kicap manis
1/2 mangkuk sup ayam

Untuk garnishing
1/2 ikat daun bawang & daun sup
1/2 batang timun
1 biji tomato


Cara-cara penyediaan
1. Bawang putih & halia diketuk
2. Rebus ayam bersama halia, bawang & concentrated chicken stock hingga ayam betul2 masak & sup agak pekat. Keluarkan ayam.
3. Masak nasi bersama 8 pot sup, halia & bawang putih yang telah diketuk.
4. Untuk sambal cili, blend cili & bawang putih. Perahkan limau dan masukkan garam secukup rasa.
5. Untuk sambal halia, blend halia & bawang putih serta masukkan garam secukup rasa.
6. Untuk kicap, campurkan kicap bersama sup ayam tadi

Nota:
1. Untuk ayam goreng, ayam yg telah direbus tadi dilumurkan dengan 3 sudu kicap pekat & 2 sudu kicap manis. Biarkan seketika sebelum digoreng. Tak perlu goreng hingga garing kerana ayam sudah masak.
2. Hidang bersama sambal cili, sambal halia, kicap dan bahan2 garnishing.

Lasagna (Cream Based)

Bahan-bahannya
10 keping lasagna kering (rebus hingga sedikit lembut)
200gm daging cincang (daging ayam / udang)
1 biji bawang besar (cincang)
6 ulas bawang putih(cincang)
1cm halia (tumbuk)
1 cwn susu low fat
1/2 cwn double cream
2 helai daun bay
1 sudu oregano (cincang halus)
1 sudu basil (cincang halus)
1 sudu parsley (cincang halus)
gula & garam secukup rasa.
250gm keju mozarela
sedikit minyak zaitun untuk menumis

Cara-cara penyediaan
1. tumis bawang besar, bawang putih & halia hingga naik bau
2. masukkan daging dan masak hingga betul2 lembut
3. masukkan herbs (oregano, bay leaves, basil & parsley) dan biarkan hingga mendidih
4. masukkan double cream & low fat milk. Masak hingga mendidih
5. Masukkan garam & gula & biarkan hingga betul2 sebati. Tutup api.
6. Dlm caserol yg telah di gris, susun pasta berselang seli dengan kuah & cheese hingga habis.
7. Bagi bahagian yg paling atas, letakkan kuah & taburkan cheese
8. Tutup caserol tersebut dengan aluminium foil & bakar dlm ketuhar dengan suhu 170 darjah celcius utk selama 20 minit.
9. selapas 20 minit, buka aluminium foil tersebut dan teruskan membakar dgn suhu 190 darjah untuk selama 10 minit lagi.




Nota:
1. Kepingan pasta direbus sekejap bagi mempercepatkan proses memasaknya.

Marble Cheese Brownies

Bahan Choc. Cake
250gm Butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur - gred B
1½ cwn gula kator
½ cwn susu cair
1½ cwn tepung gandum
1 sdt Baking powder
1 sdt Soda bikabonat
1 sdt esen vanilla

Lapisan Cheese
250gm Cream Cheese
1 cwn gula kastor
1 biji telur - gred B

Cara :-
1. Cairkan butter
2. masukkan serbuk koko & kacau rata.
3. Dalam mangkuk lain, pukul telur & gula sampai sebati.
masukkan esen vanila.
4. Kemudian campurkan dgn bancuhan butter dan kacau hingga sebati.
5. Masukkan susu cair dan kacau lagi...
6. Masukkan tepung, baking powder & soda bicarbonat dan kacau sehingga sebati.
7.
Masukkan bancuha coklat ke dlm loyang dantinggalkan adunan sebanyak 1/4 cawan (masukkan kedlm piping beg utk buat corak marble)
8. bakar selama 20 minit dengan suhu 180 darjah celcius.
9. Pukul cream cheese sehingga gebu.
10.Masukkan gula serta telur dan pukul hingga sebati.
11.
Selepas 20min, keluarkan bahan choc yg separuh masak tadi.tuangkan bahan cheese dan ratakan keseluruh atas kek
12. Paipkan baki chocolate atas cheese, & lorekkan dengan corak bebas
13.Bakar lg selama 15min atau sehingga cheese masak

Nota:
1. Sementara tggu bahan choc. masak sedikit, sediakan bahan cheese..

Lasagna (Tomato based)

Bahan-bahannya
10 keping lasagna kering (rebus hingga sedikit lembut)
200gm daging cincang (daging lembu / ayam)
1 biji bawang besar (cincang)
6 ulas bawang putih(cincang)
1cm halia (tumbuk)
2 sudu makan tomato puree
2 sudu makan tomato sos
3 biji tomato merah yang ranum (blend tapi jangan terlalu halus)
2 helai daun bay
1 sudu oregano (cincang halus)
1 sudu basil (cincang halus)
1 sudu parsley (cincang halus)
gula & garam secukup rasa.
250gm keju mozarela
sedikit minyak zaitun untuk menumis

Bechamel sauce :

150gm butter 
1 cawan gandum
3.5 cawan susu yg dipanaskan
Garam 
Black pepper



Cara-cara penyediaan
1. tumis bawang besar, bawang putih & halia hingga naik bau
2. masukkan daging dan masak hingga betul2 lembut
3. masukkan herbs (oregano, bay leaves, basil & parsley) dan biarkan hingga mendidih
4. masukkan tomato puree, tomato sos & tomato yg telah diblend. Masak hingga mendidih
5. Masukkan garam & gula & biarkan hingga betul2 sebati. Tutup api.
6. Utk bechamel sauce, carikan butter. Masukkan gandum. Kacau laju2. Masukkan susu, garam & black pepper. Masak hingga likat. 
7.  Dlm caserol yg telah di gris, susun pasta berselang seli dengan tomato based, bechamel sause & cheese hingga habis.
7. Bagi bahagian yg paling atas, letakkan kuah & taburkan cheese
8. Tutup caserol tersebut dengan aluminium foil & bakar dlm ketuhar dengan suhu 170 darjah celcius utk selama 20 minit.
9. selapas 20 minit, buka aluminium foil tersebut dan teruskan membakar dgn suhu 190 darjah untuk selama 10 minit lagi.




Nota:
1. Kepingan pasta direbus sekejap bagi mempercepatkan proses memasaknya.
2. Tomato dicelur dalam air panas dan direndam dlm air ais bagi memudahkan kulitnya dikopek. Pastikan biji dan kulit dibuang sebelum di blend.
3. Oregano, basil & parsley boleh guna yg telah dibotolkan
4. Jika memilih untuk menggunakan sos pasta yg telah siap, boleh skip penggunaan tomato puree, tomato sos & tomato fresh. Herbs & bawang still digalakkan bagi menyedapkan lagi sos tersebut.

Laksa Kelantan

Bahan-bahannya

1 paket laksa beras kering - direbus hingga lembut & tos

Kuah
1 kg ikan kembung / selar / selayang
1 kg santan
7 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
2 keping asam gelugur
garam & gula secukup rasa

Ulaman
1/2 batang timun (diracik halus)
1 mangkuk taugeh
1/2 mangkuk kobis (diracik halus)
5 batang kacang panjang (dipotong halus)
1 ikat daun kesum (dipotong halus)
2 batang bunga kantan (dipotong halus)

Sambal
5 tangkai cili merah
10 tangkai cili api
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 biji limau nipis
garam & gula secukup rasa


Cara-cara penyediaan
1. Ikan direbus hingga masak.
2. Isikan ikan & blend/tumbuk hingga halus
3. Masukkan bersekali isi ikan, santan, bawang & lada hitam untuk kuahnya.
4. Untuk sambal, tumbuk cili & bawang hingga lumat. Perahkan air limau & masukkan garam & gula secukup rasa.




Nota:
1. advisable pakai Laksa cap cili merah, coz ia lebih resap kuah
2. Kalu nak kuah pekat & lemak, sila gunakan lebih ikan & santan
3. Masa nak makan tu, lenyekkan sedikit belacan ke dalam kuah (dlm pinggan)
4. For serving, masukkan laksa, ulaman & sambal ke dlm pinggan sebelum dimasukkan kuah.





Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP