Laksa Kelantan

Bahan-bahannya

1 paket laksa beras kering - direbus hingga lembut & tos

Kuah
1 kg ikan kembung / selar / selayang
1 kg santan
7 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
2 keping asam gelugur
garam & gula secukup rasa

Ulaman
1/2 batang timun (diracik halus)
1 mangkuk taugeh
1/2 mangkuk kobis (diracik halus)
5 batang kacang panjang (dipotong halus)
1 ikat daun kesum (dipotong halus)
2 batang bunga kantan (dipotong halus)

Sambal
5 tangkai cili merah
10 tangkai cili api
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 biji limau nipis
garam & gula secukup rasa


Cara-cara penyediaan
1. Ikan direbus hingga masak.
2. Isikan ikan & blend/tumbuk hingga halus
3. Masukkan bersekali isi ikan, santan, bawang & lada hitam untuk kuahnya.
4. Untuk sambal, tumbuk cili & bawang hingga lumat. Perahkan air limau & masukkan garam & gula secukup rasa.




Nota:
1. advisable pakai Laksa cap cili merah, coz ia lebih resap kuah
2. Kalu nak kuah pekat & lemak, sila gunakan lebih ikan & santan
3. Masa nak makan tu, lenyekkan sedikit belacan ke dalam kuah (dlm pinggan)
4. For serving, masukkan laksa, ulaman & sambal ke dlm pinggan sebelum dimasukkan kuah.





0 comments:

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP