Biskut Cornflakes 1

Bahan-bahannya
250gm butter (1 buku)
1/2 cawan gula castor
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh esen vanilla 
1 biji telur
200gm kotak cornflakes - tumbuk kasar
Ceri untuk hiasan (optional)

Cara penyediaan
1. Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur & esen vanila dan pukul hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan 150gm cornflakes.
4. Bentukkan doh bulat2 sebesar guli dan salutkan dengan baki cornflakes dan bakar kira-kira 40 minit dengan suhu 180 darjah.

Nota:
1. Tepung naik sendiri boleh diganti dengan tepung gandum campur 1 sudu teh baking powder.

Mee Pangsit

Bahan-bahannya
3 kpg mee wantan
100gm Sawi Hongkong (dicelur)
Bawang goreng

Bahan-bahan utk Ayam
2 keping Dada Ayam (potong kecil2)
4 ulas Bawang Merah (ditumbuk)
3 ulas Bawang Putih (ditumbuk)
3 sudu Kicap Pekat
1/2 sudu teh Serbuk Lada Putih
Garam & gula secukup rasa
Minyak utk menumis

Bahan-bahan utk Sambal
3 biji Cili Merah
2 ulas Bawang putih
2 ulas Bawang Merah
1/2 inci Halia
Garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan utk Sup
1 liter Air
4 ulas Bawang Putih (diketuk)
1 inci Halia (diketuk)
1 ketul Kiub Stok Ayam
Rangka Ayam
Bebola Ayam
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan Ayam
1. Tumis bawang putih & bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan ayam, serbuk lada putih & kicap. Masak hingga kering.

Cara Penyediaan Sup
1. Masukkan semua bahan dan masak hingga mendidih.

Cara Penyediaan Sambal
1. Tumbuk semua bahan dan perisakan secukup rasa.

Nasi Tumpang

Bahan-bahan
1 cwn Beras
4 cwn Air
1/2 sudu teh Garam
Daun pisang untuk membungkus
Serunding Ikan
Gulai Ikan Tongkol/udang
Telur Dadar (potong kecil2)

Cara Penyediaannya
1. Masak nasi dgn air dan garam hingga lembik dan biarkan sedikit sejuk.
2. Bentukkan daun pisang menjadi kon.
3. Masukkan nasi ke dalam kelongsong hingga 1/4 kelongsong dan mampatkan dgn sudu.
4. Letakkan satu sudu serunding ikan diatas nasi yang telah dimampatkan.
5. Masukkan lagi nasi hingga 1/2 kelongsong dan mampatkan.
6. Letakkan ikan tongkol/udang atas tingkat nasi kedua tadi.
7. Tambah nasi dan mampatkan hingga 3/4 kelongsong.
8. Letak telur dadar atas tingkat ke-3 tadi.
9. Masukkan nasi utk tingkat terakhir dan mampatkan.
10. Tutup kelongsong tadi dan selitkan dgn lidi bagi memastikan kelongsong tak terbuka.

Nota:
1. Konsistensi nasi adalah seperti nasi lembik utk buat nasi impit.

Masak Lemak Lengkuas Ikan Tongkol/Udang

Bahan-bahannya
2 ekor Ikan Tongkol (saiz sederhana) atau / dan
250gm Udang (saiz M)
250gm Santan
5 ulas Bawang Merah (ditumbuk)
2 ulas Bawang Putih (ditumbuk)
1 biji Cili Merah (ditumbuk)
1 inci Kunyit Hidup (ditumbuk)
1 inci Lengkuas (dihiris nipis)
4 kpg Asam Gelugur
6 biji cili padi
1 btg timun (potong dlm 2 inci & belah 2)

Cara Penyediannya
1. Rebus ikan tongkol dengan 2 kpg asam gelugur hingga 3/4 masak. Selepas masak, toskan airnya dan keluarkan asam gelugur tadi.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih, kunyit, lengkuas, asam keping, cili padi dan santan ke dalam periuk ikan itu tadi.
3. Masukkan timun batang & biarkan lembut
4. Masak hingga kuah agak pekat.

Nota:
1. Cili padi boleh ditumbuk atau dibiarkan sebiji2 mengikut selera kepedasan individu.

Karipap

Bahan-bahan Pastri
2 cwn Gandum
125gm Butter (1/2 buku)
1/2 sudu teh garam
1/2 cwn air sejuk

Bahan-bahan Inti
100gm Daging /Isi Ayam (dikisar)
4 biji Kentang (saiz sederhana dipotong dadu)
4 ulas Bawang Merah (ditumbuk)
3 ulas Bawang Putih (ditumbuk)
1/2 paket serbuk kari
Gula dan garam secukup rasa.

Cara Penyediaan Pastri
1. Gaulkan gandum dgn garam
2. Potong kiub butter dan gaulkan dgn tepung menggunakan hujung jari hingga menjadi serbuk yg berderai.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yg tidak melekat ditangan. Doh jangan terlalu keras atau lembut.
4. Masukkan doh ke dalam peti dan sejukkan selama sekurang-kurangnya sejam.

Cara Penyedian Inti
1. Tumis bawang merah,bawang putih & serbuk kari hingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan kentang dan masak hingga kentang empuk dan sedikit hancur. Tambah sedikit air utk memastikan kentang dapat empuk sepenuhnya.
3. Pastikan kering betul untuk memastikan karipap tidak bocor bila digoreng.

Cara penyedian Karipap
1. Canai doh dan terap dgn bentuk bulat.
2. Letakkan inti di tengah2 dan katup serta klim karipap tersebut.
3. Goreng dengan api sederhana hingga kekuningan.

Nota:
1. Pastikan air utk pastri betul2 sejuk.
2. Inti boleh diganti dgn apa saja yg disukai ie: sardin
3. Kalau malas nak terap doh, uli sebesar guli dan canai. Akan dapat bentuk yg sama.
4.  Kalau tak pandai klim, guna garpu utk klim pun boleh ataupun pakai je penerap karipap.

Cencaru Sumbat

Bahan-bahannya
2 ekor Ikan Cencaru (saiz sederhana)
5 biji cili merah (ditumbuk)
4 ulas Bawang Merah (ditumbuk)
2 ulas Bawang Putih (ditumbuk)
1 sudu teh Pes Asam Jawa
1/2 sudu teh belacan
Gula & garam secukup rasa

Cara penyediaannya
1. Belah belakang ikan cencaru tapi jangan sampai putus. Jadikan seperti poket.
2. Gaulkan semua bahan hingga sebati.
3. Masukkan bahan yang digaul tadi ke dlm poket ikan tadi.
4. Ikan boleh digoreng atau dibakar di atas pan hingga betul2 masak.

Nota:
1. Digalakkan semua bahan tu ditumbuk. Jangan guna blender sbb takut nanti berair sgt.
2. Kalau nak bakar balut dgn daun pisang akan membangkitkan lg aroma ikan bakar.

Butir Nangka

Bahan-bahannya
2 cwn Tepung beras pulut
250 ml Santan
1 cwn Air perahan pandan
1 sudu mkn tepung beras
3 sudu mkn gula
1/2 sudu teh Halba
Sedikit garam
Air untuk merebus

Cara penyediaan
1. Gaul tepung beras pulut dengan sedikit garam dan air perahan pandan. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga doh tak melekat dijari.
2. Masak air hingga menggelegak dlm periuk berasingan.
3. Bentukkan doh seperti biji nangka (agak2 besar gula2).
4. Masukkan doh yg telah dibentuk tadi kedalam air yg menggelegak tadi.
5. Bila doh dah timbul dipermukaan air, angkat dan masukkan dlm air sejuk.
6. Dalam periuk berasingan, masak santan, gula, garam & halba hingga mereneh. Masukkan tepung beras.
7. Toskan doh yg dah disejukkan.
8. Masukkan doh yg telah ditoskan kedalam santan yg telah dimasak. Masak hingga mendidih.

Nota:
1. Untuk dapatkan konsistensi yang betul, amik skit dan bentukkan bulat sebesar guli. Jika pecah, tambah air sedikit.
2. Gula boleh ditambah mengikut selera.
3. Fungsi tepung beras adalah untuk memekatkan. Utk mengelakkan tepung berketul dlm kuah, bancuh dgn sedikit air sebelum dimasukkan kedalam kuah.

Terung Goreng Berlada

Bahan-bahannya
3 biji Terung panjang
50gm Udang (saiz S)
6 ulas Bawang merah (ditumbuk)
3 ulas Bawang putih (ditumbuk)
1/2 biji Bawang besar (dimayang)
2 sudu mkn Cili giling
Gula & garam secukup rasa
Minyak utk menggoreng & menumis

Cara penyediaan
1. Belah 2 & potong terung ikut panjang yg dikehendaki.
2. Goreng terung hingga kekuningan. Angkat & susun dlm pinggan menghidang.
3. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili giling hingga pecah minyak. Masukkan gula & garam secukup rasa.
4. Masukkan udang dan bawang besar. Masak hingga udang masak dan bawang besar layu.
5. Tuang sambal atas terung tadi.

Murtabak Maggi

Bahan-bahannya
100gm Ayam (isi dikisar)
1/2 ulas Bawang Besar (dimayang)
2 ulas Bawang putih (dicincang)
1 paket Serbuk perisa kari maggi
2 paket Mee Maggi Kari (dicelur hingga lembut)
3 biji Telur

Cara Penyedian
1. Tumis bawang besar, bawang putih & serbuk perisa kari dr paket Maggi Kari hingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam dan masak hingga isi ayam betul2 masak. Tutup api & sejukkan.
3. Pukul telur dan campurkan dengan bahan2 yg telah dimasak tadi.
4. Masukkan mee maggi yg telah dicelur.
5. Tuang atas non stick pan yg telah disapukan sedikit minyak.
6. Bakar diatas api atau dlm oven dgn suhu 180 darjah hingga betul2 masak (firm)

Nota:
1. Jgn letak garam sbb serbuk perasa tu dah masin.
2. Utk dptkan 2 biji murtabak..pecahkan adunan kpd 2 bhg.

Tumis Daging

Bahan-bahannya
250 gm Daging
4 ulas Bawang merah (mayang halus)
3 ulas Bawang Putih (mayang halus)
1/2 inci halia (mayang halus)
1/2 biji Bawang Besar (dihiris nipis)
1 sudu teh Pes Asam Jawa
2 cawan Air
Gula & garam secukup rasa
2 sudu mkn Minyak (untuk menumis)

Cara Penyediaan
1. Tumis bawang merah,bawang putih & halia hingga naik bau.
2. Masukkan daging dan air.
3. Bila daging dah empuk, masukkan pes asam jawa, gula & garam.
4. Masukkan bawang besar dan masak hingga bawang lembut.



Laksam Kelantan

Bahan-bahannya

Bahan Laksam
3 cwn Tepung beras
1/2 cawan Gandum
1 sudu mkn Tepung beras pulut
5 cwn Air suam
1 sudu teh Garam

Bahan Kuah
1 kg ikan - rebus ambik isi dan kisar
1/2 kg santan pekat
Air (utk sesuaikan pekat/cair)
10 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih  (ditumbuk)
1 inci halia  (ditumbuk)
2 btg serai - ketuk
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 keping asam keping
Garam & Gula secukup rasa.

Bahan Ulam
Daun Kesum (hiris nipis)
Kacang Panjang (potong kecil)
Timun (diracik panjang)
Bunga Kantan (hiris nipis)
Kubis (hiris halus)

Bahan Sambal
5 biji Cili padi
1 biji Cili merah
2 sudu teh Cuka
Garam & Gula secukup rasa

Cara Penyediaan

Laksam
1. Bancuh semua bahan untuk laksam tersebut. Tambah air jika adunan agak pekat. Konsistensi yang dikehendaki adalah cair kerana jika pekat, laksam akan patah bila digulung.
2. Letak bancuhan laksam kedalam pinggan leper atau tudung periuk yang telah dilengser dengan minyak. Pastikan tidak terlalu tebal. Jika tebal ianya akan pecah masa digulung.
3. Kukus selama 3 minit atau bancuhan tadi keras dan sedikit menggelembung.
4. Gulung laksam tadi semasa ianya masih panas.
5. Ulang proses pengukusan hingga habis semua bancuhan.

Kuah
1. Masak semua bahan diatas api yang sederhana. Pastikan kuah sentiasa dikacau supaya santan tak berketul.
2. Tutup api bila sudah mendidih bagi memastikan santan tidak pecah minyak.

Sambal
1. Tumbuk cili padi & cili merah.
2. Masukkan cuka, gula & garam

Untuk Menghidang
1. Potong laksam dlm agak2 1cm
2. Masukkan kuah
3. Letakkan semua ulam keatas hidangan tadi berserta dengan sambal.



Kari Ikan Mami

Bahan-bahannya
3 keping Ikan Merah/Tenggiri/Jenahak
1 paket Serbuk Kari Ikan
1 sudu teh Pes Asam Jawa
3 cawan Air
1 sudu teh Halba Campur aka Rempah Campur
2 tangkai Daun kari
1 biji Bawang Besar (dihiris nipis)
6 ulas Bawang Merah (ditumbuk halus)
3 ulas Bawang putih (ditumbuk halus)
1 sudu mkn Cili giling
2 biji tomato (potong 4)
5 batang Bendi
3 sudu mkn Minyak untuk menumis
Gula dan garam secukup rasa

Cara Penyediaannya
1. Rendam ikan dalam bancuhan pes asam jawa dan air.
2. Tumis serbuk kari,halba campur, daun kari, cili giling, bawang merah, bawang putih dan bawang besar hingga pecah minyak.
3. Masukkan ikan bersama air asam jawa tadi dan perasakan kuah dengan gula dan garam.
4. Bila dah mereneh, masukkan bendi dan masak hingga kuah agak pekat.
5. Masukkan tomato dan tutup api.


Trifle

Bahan-Bahannya

Bahan A
5gm Serbuk Jelly
500ml Air
150gm Gula
1 sudu teh Pewarna merah

Bahan B
1.5 tin Susu cair
1/2 tin Air
1/2 cwn Tepung kastad
1/2 cwn Air
1 cwn Gula
1 sudu teh Esen Vanila

Bahan C
1 biji swiss roll / pound cake (appx 1/2 kg)
1 tin Fruit cocktail

Cara-cara penyediaannya

1. Potong swiss roll atau pound cake dan susun di dasar bekas.
2. Masak Bahan A hingga mendidih dan gula larut.
3. Tuang jelly yang telah dimasak ke dalam bekas hingga melitupi semua susunan kek.
4. Masukkan susu cair, air (1/2 tin), gula & esen vanila dan masak hingga mereneh.
5. Bancuh tepung kastad & 1/2 cwn air dan masukkan kedalam sebatian susu tadi.
6. Jangan berhenti mengaduk bancuhan tadi diatas api yg agak kecil bagi memastikan bancuhan tidak berketul.
7. Bila bancuhan pekat dan kelihatan terpisah dari tepi periuk, tutup api.
8. Tuang kastad yang telah sejuk atas lapisan kek & jelly tadi. Ratakan.
9. Tabur fruit cocktail atas lapisan kastad tadi dan sejukkan.

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP