Biskut Lidah Kucing

Bahan-bahannya
250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru
Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega

Cara Penyedian
1. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim
3. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
4. Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
6. Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
7. Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan & paipkan atas loyang lidah kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi
8. Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit

Nota:
1. Jaga jangan bakar sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
2. Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

Tart Nenas Gulung

Bahan-bahannya
250 gram butter
350 gram tepung gandum
40 gram tepung kastard*(*disatukan dan diayak)
50 gram gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
Inti nenas secukupnya
Kuning telur untuk disapu

Cara-cara membuatnya
1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar rata.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.
4. Isi sedikit doh tadi dalam acuan tekan yang dipasang muncung tat gulung. Picit panjang hingga habis.
5. Letak inti tadi dan gulung kemas2.
6. Sapu kuing telur atas tat gulung tadi
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 165C selama 30 - 35minit atau hingga kuning keemasan.
8. Keluarkan tat dari oven dan biar 2-3 minit dalam loyang pembakar.

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP