Carrot Cake

Bahan-bahannya
5 biji telur (saiz A)
250gm butter (1 kiub) - suhu bilik
2 cawan gula perang
2 sudu teh vanila esen
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
2 sudu teh serbuk kayu manis
3 cawan carrot (yang telah diparut)
1 cawan walnut/hazelnut/almond (yang telah dicincang)
1/2 cawan serbuk kacang (walnut/hazulnut/almond)


Cara2 Menyediakan
1. Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur dan pukul hingga kembang
3. Masukkan essen vanila, soda bikarbonat dan baking powder
4. Masukkan serbuk kayu manis dan gaul hingga sebati
5. Masukkan tepung dan carrot berselang seli sehingga habis
6. Masukkan serbuk kacang dan kacang yang telah dicincang dan gaul hingga sebati.
7. Masukkan ke dalam acuan pembakar dan bakar selama 1 jam pada suhu 190 darjah.


Nota:
Jika tidak mahu menggunakan serbuk kacang, kurangkan gamdum sebanyak 1/2 cawan.

Oatmeal With Chocolate Chip Cookies

Bahan-bahannya
1 kiub butter
1/2 cawan brown sugar
1/2 cawan castor sugar
2 biji telur
1 sudu caramel/golden syrup
31/2 cawan gandum
1 cawan oat (dikisar)
1/2 sudu baking powder
3/4 sudu soda bikarbonat
1 cawan chocolate chip


Cara Penyediaan
1. Pukul butter & gula hingga kembang
2. masukkan telur dan pukul hingga sebati dan kembang
3. masukkan vanila essence dan aduk hingga sebati.
4. Masukkan baking powder dan soda bikarbonat dan aduk hingga sebati.
5. Masukkan oat dan gaul sebati.
6. Masukan gandum sedikit demi sedikit.7. Masukkan chocolate chip dan gaul hingga sebati.
8. Kaup dengan sudu untuk mendapatkan drop type cookies

Chocolate Chip Cookies

Bahan-bahannya
1 kiub butter
5 sudu brown sugar
5 sudu castor sugar
300gm gandum
1 cawan chocolate chip
1/2 cawan almond/hazelnut/walnut powder
1/2 cawan almond (nibbed / cincang)
1 biji telur
1 1/2 sudu Cocoa powder
1 sudu vanila essence
1/2 sudu baking powder
1/2 sudu soda bikarbonat

Cara Penyediaan
1. Pukul butter & gula hingga kembang
2. masukkan telur dan pukul hingga sebati dan kembang
3. masukkan vanila essence dan cocoa powder dan aduk hingga sebati.
4. Masukkan baking powder dan soda bikarbonat dan aduk hingga sebati.
5. Masukkan almond/hazelnut/walnut powder dan gaul sebati.
6. Masukan gandum sedikit demi sedikit.
7. Masukkan chocolate chip dan almond cincang dan gaul hingga sebati.
8. Kaup dengan sudu untuk mendapatkan drop type cookies

Ikan Goreng Tauchu

Bahan-bahan
2 ekor ikan kembung (digoreng)
4 ulas bawang putih(di hiris nipis)
1/2 inci halia(dihiris panjang2)
1/2 biji bawang besar (potong wedges)
1 1/2 sudu makan tauchu
1/2 cawan air asam jawa
3 biji cili hijau (belah dua)
sedikit gula

Cara-cara penyediaan
1. Tumis bawang putih & halia
2. masukkan tauchu dan masak hingga naik bau
3. Masukkan air asam jawa dan gula
4. Masukkan bawang besar dan cili hijau
5. Masukkan ikan yang telah digoreng. Massak hingga nampak kuah meresap ke dalam ikan.


note: Tak perlu taruk garam coz tauchu dah masin

Tauchu (versi Kelantan)

Bahan-bahannya

Bahan A
1/2 inci Halia (dikisar)
7 ulas Bawang merah (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
4 btg serai (dikisar)
1/2 inci lengkuas (dikisar)


Bahan B
10 - 15 biji cili api (dikisar)
2 sudu tauchu
2 biji cili hijau (dihiris nipis)
1/2 cawan air asam jawa
2 biji tomato hijau (belah 4)
200gm Kacang panjang
250gm udang (saiz sederhana)
2 sudu udang kering (ditumbuk kasar)
1 keping dada ayam (potong kiub)
4 keping hati /pedal ayam (potong kecil)


Cara Menyediakan
1. Tumis semua bahan A hingga naik baunya.
2. Masukkan tauchu dan cili api, Gaul hingga rata
3. Masukkan udang kering dan masak hingga naik baunya
4. Masukkan ayam, hati dan pedal. Biarkan hingga masak.
5. Masukkan udang & kacang panjang. Jangan terlalu lama kerana udang yang terlalu lama dimasak akan keras dan hilang juice.
6. Masukkan air asam jawa. Gaul rata
7. Masukkan cili hijau dan tomato hijau
8. Gaul hingga sebati semua kandungan.


Note:
1. jika mau pedas, tambah lagi cili api.
2. best makan dgn nasi putih panas.

Apam Kukus

Bahan-bahannya
4 biji telur (saiz L)
500gm tepung gandum
500gm gula
1 sudu makan Ovallette
500ml Sprite
pewarna merah


Cara Penyediaan
1. Telur dan gula dipukul hingga kembang
2. Masukkan ovallette dan pukul hingga rata.
3. Masukkan tepung & sprite dan pukul hingga sebati dan hilang ketulan
4. Masukkan adunan ke dalam cup kecil2.
5. Titik pewarna merah menggunakan hujung lidi & lorekkan warna itu diatas adunan
6. Kukus selama 15 minit hingga masak seluruhnya.

Caramel

Bahan-bahannya
1 tin susu cair
5 biji telur (saiz L)
3/4 cawan gula
2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan air
1/2 cawan gula (dimasak jadi caramel)


Cara Penyediaan
1. Bancuh susu, telur, gula, garan dan air hingga kembang
2. Masukkan gula caramel ke dalam loyang.
3. Tuang bacuhan ke dalam loyang yg ada caramel
4. Kukus hingga masak


Tip:
1. cucuk dengan lidi atau cake tester bagi memastikan puding dah betul2 masak. kalau dah betul2 masak, lidi yg ditarik keluar akan bersih.
2. Utk masak karamel, masak gula hingga hangus, masukkan air mendidih (1/4 cawan) sedikit demi sedikit bagi mengelakkan gula merepuh.

Ikan Singgang

Bahan-bahannya
1 ekor ikan tongkol (saiz sederhana)- potong 4-5
4 ulas bawang putih (hiris nipis)
3 ulas bawang merah (hiris nipis)
1 inci lengkuas (hiris nipis)
1 sudu teh budu (jika suka)
1/2 sudu teh belacan
3 batang bende
8-10 biji cili api
2 cawan air
2 keping asam gelugur
1/2 sudu teh garam

Cara penyediaan
1. Masukkan semua bahan sekali gus dan masak hingga mendidih


Tip:
1.sedap dimakan dengan ulam cicah budu.
2.Utk pedas, lenyekkan cili api yg dimasak bersama singgang. Masa masak, clili api jgn diketuk spy anak2 pun boleh enjoy sama.

Puding Roti

Bahan-bahannya
1 tin susu cair
5 biji telur (saiz L)
6-8 keping Roti Sandwich
3/4 cawan gula
1/2 buku butter (potong kiub kecil2)
2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan kismis
1/2 cawan badam yang telah dihiris


Cara penyediaan
1. Pukul susu, telur, gula, garam dan esen vanila hingga kembang.
2. aturkan roti di dasar loyang yang telah digriskan.
3. Tabur butter, kismis dan badam dan selang selikan dengan roti sehingga habis.
4. Tuangkan adunan susu, telur dan gula itu tadi.
5. Bakar di dalam oven dengan kepanasan 190 - 200 darjah.

Tips:
1. cucuk dengan lidi atau cake tester bagi memastikan puding dah betul2 masak. kalau dah betul2 masak, lidi yg ditarik keluar akan bersih.
2. Kalau nak buat sos vanila, kurangkan kuantiti gula dlm puding. Resepi utk sos :
- Didihkan 1 tin susu cair + 1/2 tin air
- Masukkan 1/2 cawan gula (masak hingga gula hancur)
- Masukkan 1 sudu teh esen vanila
- Bancuh 1 sudu teh tepung jagung dengan 1/4 cawan air dan masukkan dalam bacuhan susu.
- masak hingga mendidih.

Cup Cakes with Vanila Icing Frosting

Bahan-Bahan untuk Cake

  • 3 cups all-purpose flour
  • 1 1/2 teaspoons baking powder
  • 3/4 teaspoon salt
  • 1 1/2 (12 tablespoons) unsalted butter, softened
  • 1 1/2 cups sugar
  • 4 large eggs
  • 2 teaspoons vanilla extract
  • 1 1/4 cups milk
Cara-cara membuat Cup cake
  1. Preheat oven to 350 degrees. Line a standard 12-cup muffin tin with paper liners; set aside. Whisk together flour, baking powder, and salt in a medium bowl; set aside. Put butter and sugar in the bowl of an electric mixer. Mix on medium-high speed until pale and fluffy, about 3 minutes. Add eggs, 1 at a time, mixing well. Add vanilla. Reduce speed to medium. Mix in 3 batches of flour mixture, alternating with 2 batches of milk. Raise speed to medium-high; mix until thoroughly blended, 10 to 20 seconds.
  2. Spoon 1/4 cup batter into each muffin cup. Bake until a cake tester inserted into centers comes out clean, about 17 minutes. Let cool in tin on wire racks 10 minutes. Remove cupcakes from tin; let cool completely. Line tin with muffin cups; repeat process with remaining batter.



Bahan-bahan untuk Icing
  • 4 tablespoons unsalted butter, room temperature
  • 2 cups confectioners' sugar
  • 2 tablespoons milk
  • 1/2 teaspoon vanilla extract
  • 1 pinch salt
Cara menyediakan icing
In a small bowl, beat together butter, sugar, milk, vanilla, and salt until light and fluffy. Use immediately, or cover with plastic wrap, and refrigerate up to 3 days. Before using, bring to room temperature.

Kuzi Ayam

Bahan-bahannya
1 ekor ayam (di potong 18)
1/2 cawan rempah kuzi
5 biji bawang besar Holland (dihiris nipis)
5 ulas bawang putih (di kisar)
7 ulas bawang merah (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1 tin kecil tomato puree
2 sudu tomato sos
1/2 tin kecil minyak sapi
1 kotak kecil kismis (digoreng)
1/2 cawan kacang gajus/peanut (digoreng)
3 biji kentang (dipotong kiub kecil & digoreng)
1 tin susu cair.
1 tin air masak.
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula


Cara membuatnya
1. Bawang besar yang telah dihiris nipis digoreng garing, sejukkan dan dikisar hingga menjadi pes
2. Ayam di perap bersama halia, bawang putih dan garam. Digoreng 3/4 masak dan ketepikan.
3. Panaskan minyak sapi & tumiskan bawang putih, bawang merah & halia yang telah dikisar.
4. Tumiskan rempah hingga naik minyak. Masukkan pes bawang besar.
5. Masukkan tomato puree & tomato sos.
6. Masukkan susu cair dan air.
7. Masukkan garam & gula
8. Masukkan ayam, kentang, kismis & gajus
9. Masak hingga pecah minyak.


ps: Sedap dimakan bersama roti dan nasi beriani.

Acar Buah

Bahan-bahannya
500 gm buah-buah jeruk
(di basuh & kukus utk 10 minit utk melembutkannya)
sedikit kismis, kurma & prune
15 ulas bawang putih (potong 2)
20 ulas bawang merah (potong 2)
3 cm halia (dimayang)
15-20 biji cili kering(buang biji & blend)
1 sudu biji sawi
1 sudu bijan (digoreng)
½ cawan cuka
Sedikit gula
Garam
Minyak untuk menumis


Cara-caranya
1. Tumis cili kering yang telah diblend hingga naik minyak
2. Masukkan halia & biji sawi.
3. Masukkan bawang merah & bawang putih
4. masukkan gula & cuka
5. bila kuah mula pekat, masukkan buah2 jeruk
6. bila sudah kering, taburkan bijan yang telah digoreng dan gaul hingga sekata.
7. angkat dan sejukkan.

Masak Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-bahan
2 keping ikan pari (sederhana besar)
20 biji cili kering (dikisar)
2 biji cili masak (dikisar)
1 ulas bawang besar (dikisar)
5 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
2 biji buah keras (dikisar)
1 cm kunyit hidup (dikisar)
2 cm belacan (dikisar)
3 batang serai (dititik)
3 helai daun limau purut (dicarik-carik)
3 batang bende
2 kuntum bunga kantan (belah 2)

1 sudu teh pes asam jawa
2 sudu minyak masak untuk menumis
2 cawan air

Cara-cara menyediakan
1. Tumis semua bahan yang telah dikisar bersama serai dan daun limau purut
2. masukkan ikan, air & pes asam jawa
3. masukkan bende dan bunga kantan
4. Masak hingga ikan betul2 masak.

Pulut Inti

Bahan-bahan
1/2 kg beras pulut
2 cawan Kelapa parut
1 ketul gula melaka (saiz sederhana)
1/2 sudu teh garam
Cairan tepung (1 sudu teh tepung gandum + 1/2 cawan air)
Daun Pisang (optional)


Cara menyediakan
1. Beras pulut ditanak dengan secubit garam.
2. Gula melaka dan garam di masak dengan cairan tepung hingga cair.
3. masukkan kelapa parut dan masak hingga kering airnya.Sejukkan
4. Kepal pulut dan letakkan ke atas daun pisang.
5. Letakkan sedikit inti dan bungkus seperti membungkus nasi lemak.

Rissoles

Bahan Kulit
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 sudu garam
2 cawan air
sedikit minyak.

Bahan Inti
1 keping dada ayam (dicincang)
1 biji bawang besar holland (dicincang)
4 ulas bawang putih (dicincang)
1 kotak kecil double cream
2 biji kentang ( potong dadu & masak hingga empuk)
1 tin button mushroom (di potong nipis)
1 cawan mix vege
1/2 sudu teh serbuk lada hitam (optional)
1 sudu teh mixed herbs (optional)
2 sudu minyak masak utk menumis

Bahan Saduran Kulit
1 kotak serbuk roti
1 biji telur (dipukul)
Minyak utk menggoreng


Cara-cara menyediakan kulit
1. Ayak tepung bagi mengelakkan ianya berketul.
2. Pukul telur & masukkan garam.
3. Masukkan tepung dan air berselang-seli sikit demi sedikit.
4. bancuh hingga tiada ketulan tepung. Pastikan adunan cair bagi memastikan ianya tidak tebal apabila dimasak.
5. Lengserkan minyak diatas kuali yg panas.
6. masukkan 1 senduk adunan dan ratakan seperti membuat lempeng/crepe/dadar.
7. bagi memastikan ianya cepat masak, tutup kuali dengan tudung periuk.


Cara-cara menyediakan inti
1. Tumis bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
2. masukkan daging ayam yg telah dicincang.
3. masukkan cream, mixed vege, kentang & mushroom dan kacau bagi mengelakkan cream berketul atau pecah minyak.
4. masukkan black pepper & mixed herb.
5. masak hingga kuahnya kering.
6. sejukkan sebelum diletakkan ke atas kulit.

Cara penyediaan
1. Letakkan inti keatas kulit yg telah disediakan.
2. gulung seperti menggulung popiah
3. celupkan ke dalam telur.
4. golekkan ke atas serbuk roti
5. Goreng di dalam minyak yg betul2 panas hingga kekuningan.


ps: sedap dimakan bersama mayonis atau sos linggam.

Pau Kari Ayam

Bahah Doh
2 1/2 sudu makan margerin putih
1 sudu makan minyak sayuran
2 sudu makan softener
50gm tepung pau
1 cawan air sejuk
1 1/2 sudu makan yis (serbuk)
3/4 cawan gula
1/2 sudu teh garam


Bahan Inti
1 keping dada ayam (dicincang)
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1cm halia
2 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan cili boh
1 tangkai daun kari
minyak untuk menumis.


Cara-cara membuat Inti
1. panaskan minyak dan tumis bawang, ciliboh dan serbuk kari.
2. masukkan daging ayam yang dicincang dan daun kari. Masak hingga kering.
3. Sejukkan inti bagi memudahkan proses memasukkan inti ke dlm doh.


Cara-cara membuat doh
1. Pukul Margerin, softener, minyak sayuran dan gula hingga kembang
2. Masukkan garam dan yis dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan air berselang- seli.
4. Uli sampai lembut.
5. Rehatkan tepung utk sekurang-kurangnya sejam.
6. Selepas sejam, cucuk doh tersebut utk membolehkan doh "bernafas". Rehatkan seketika lagi.
7. Bulat2 doh ke saiz yg dikehendaki.
8. Canai doh dgn ketebalan 1/2 cm.
9. letakkan inti di tengah2 doh & ponjotkan . Lapik dengan kertas utk mengelakan pau melekat pada pengukus.
10. Kukus selama 30 - 45 minit.


petua: kukus hingga pau tanggal dari kertas. Kertas akan lekat semula bila pau sejuk.

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP