Quiche

Bahan-bahannya

Bahan A
1 keping dada ayam (minced)
2 btg sosej (potong nipis)
1 labu bawang besar (cincang)
1/2 biji capsicum merah (cincang)
1/2 biji capsicum hijau (cincang)
1/2 biji capsicum kuning (cincang)
1 btg celery (cincang)
1 biji buah tomato (buang biji & cincang)
1 tin button mushroon (potong nipis)
Sedikit garam,gula & black pepper
Sedikit minyak utk menumis

Bahan B
300ml susu segar/low fat
5 biji telur
4 sudu mkn tepung gandum
50gm butter (cairkan)
100gm grated cheddar cheese
100gm grated mozarella cheese

Cara penyediaan
1. Tumis bawang besar hingga naik bau.
2. Masukkan ayam & masak hingga betul2 masak.
3. Masukkan sosej & mushroom dan gaul hingga sebati.
4. Masukkan semua capsicum, celery & tomato dan gaul sebati tapi jgn sampai lembik.
5. Sendukkan campuran yg telah dimasak tadi ke dalam caserole.
6.Gaul gandum & telur di dalam mangkuk yg berasingan. Pukul hingga tidak berketul
6. Masukkan susu& butter. Gaul hingga sekata.
7. Masukkan semua cheese dan tuang ke atas campuran yg telah dimasukkan ke dalam caserole tadi.
8. Bakar dengan suhu 180 darjah utk selama 40min.

Kueh lapis (version Nyonya)

Bahan - bahannya

Bahan A
150 gm tepung beras
30 gm tepung Hoon Kwee (putih)
400 ml santan pekat
160 ml air

Bahan B
150 gm gula castor
150 ml air
1/4 camca teh garam
2 helai daun pandan

Bahan C
Pewarna makanan merah

Cara membuatnya
1. Masak bahan B sehingga larut, angkat dari api dan biar sejuk.
2. Satukan semua bahan A ke dalam satu mangkuk, kacau rata dan ketepikan 30 minit.
3. Campurkan Bahan A & B, kacau rata dan tapis.
4.Panaskan kukusan, alas plastik bersih dalam tin berukuran ( 5 x 5 inci), sapu sedikit minyak pada plastik tadi.
5. Bahagikan  kpd 2 bahagian. Salah satu dicampurkan dgn pewarna merah.
6. Panaskan loyang dalam kukusan selama 5 minit, tuang 1 bahagian merah jambu, kukus 5 - 6 minit meggunakan api sederhana hingga masak, tuang 1 bahagian putih dan kukus hingga masak dan buat seterusnya.
7. Untuk lapisan terakhir, kukus hingga masak, selama 12 - 15 minit lagi.
8. Sejukkan kuih betul2 sebelum dipotong untuk hidangan.
Nota:
1. Balut tutup kukus dengan kitchen towel semasa mengukus untuk mengelakkan wap jatuh atas permukaan kuih.

Ayam Percik (Putih)

Bahan - bahannya

1/2 ekor Ayam (dipotong 2)

Bahan A

5 ulas Bawang merah (ditumbuk)
3 ulas Bawang putih (ditumbuk)
1/2 inci Halia (ditumbuk)
1/2 biji Cili merah (ditumbuk)
1 cawan Santan pekat
1 sudu mkn Tepung beras
Garam & gula

Bahan B
1 cawan Santan cair (santan perahan terakhir)
1/2 inci halia (diketuk)
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Garam

Cara-cara penyediaan

1. Rebus ayam bersama-sama Bahan B hingga separuh masak.
2. Masak Bahan A hingga pekat.
3. Bakar ayam yg telah dimasak tadi hingga masak samada atas tempat bakar atau oven.
4. Curahkan kuah yang telah dimasak tadi keatas ayam sikit demi sikit.
5. Bakar ayam tu semula.
6. Ulang langkah 4&5 utk 2-3 kali atau hingga kuah habis.

Nota :
1. Utk ikan percik, tak perlu rebus atau ikut langkah 1.
2. Kalu nk merah, boleh lebihkan cili atau guna 1 sudu mkn cili boh.

Makaroni Bakar

Bahan-bahannya

2 cwn Makaroni segera (direbus & tos)
250 gm Daging/Ayam (dicincang)
1/2 biji Bawang merah (dicincang)
5 ulas Bawang putih (dicincang)
2 sudu mkn Cili boh
6 biji Telur (size A)
1/2 cwn susu segar / low fat (UHT)
Garam & gula secukupnya.
Bawang goreng & daun sup utk di tabur

Cara-cara penyediaan
1. Tumis bawang putih, bawang merah & cili boh hingga naik bau
2. Masukkan isi ayam / daging yg telah dicincang & masak hingga isinya masak sepenuhnya.
3. Masukkan garam & gula secukup rasa.
4. Masukkan makaroni yg teRlah direbus. Gaul hingga rata. Tutup api & sejukkan.
5. Masukkan makaroni yg telah digaul tadi kedalam loyang yang telah digriskan.
6. Pukul telur dgn susu hingga kembang.
7. Tuang bancuhan telur ke atas makaroni hingga menutupi kesemuanya.
8. Tabur bawang goreng & daun sup.
9. Bakar dlm oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 40 minit.

Sambal Tempoyak Pucuk Ubi

Bahan-bahannya

1 cawan Tempoyak
2 ikat Pucuk Ubi
300gm udang (saiz sederhana)
7 ulas Bawang Merah
3 batang Serai (ketuk)
1 helai Daun Kunyit (hiris rampai)
1/2 inci Halia
10 biji Cili Padi(potong)
1 biji Cili Merah
1 cawan Air
Garam & gula secukup rasa

Cara Penyediaan
1. Rebus pucuk ubi sampai lembut.
2. Tos air rebusan & perah air dr pucuk ubi tadi bagi memastikan pahit getah pucuk ubi hilang.
3. Hiris rampai pucuk ubi.
4. Tumbuk bawang merah, halia & cili merah
5. Cairkan tempoyak dgn air.
6. Satukan semua bahan dlm periuk termasuk garam & gula dan biarkan mendidih.

Nota:
Pucuk ubi pastikan yg muda. Biasanya kalau beli 1 ikat tu dpt separuh je...

Yaw Char Kwai aka Cakoi

Bahan-bahannya


Bahan A

350 gm Gandum(hi-protein)
1/2 tsp baking powder

Bahan B

1/2 tsp gula
2 tbsp air suam
2 tsp yis

Bahan C

250 ml air
1 tsp soda bicarbonate
1/2 tsp cream of tartar
1 tsp baking powder
1 tsp garam

Cara-cara penyediaan

1. Bancuh Bahan B sampai larut. Biarkan selama 10 minit.
2. Bancuh Bahan C hingga larut.
3. Campur kan Bahan A dan Bahan B
4. Campur Bahan C kedalam adunan (3). Uli selama 5 minit hingga menjadi doh lembut.
5. Biarkan doh hingga naik 2 kali ganda
6. Potong doh td kpd bahagian2 kecil.
7. Roll setiap bahagian memanjang (tebal 1cm)
8. Potong memanjang doh yg telah digelek tadi (1 inch x 3 inch)
9. Sapukan air selang seli bg setiap potongan.
10. Lapis setiap potongan berselang seli (yg kering dgn yg disapu air)
11. Panaskan minyak dlm kuali. Tarik sedikit potongan doh sebelum dimasukkan ke dlm minyak.
12. Goreng hingga keperangan.
Nota:
1. Best makan panas2..
2. Paling best makan ngan taufufa sejuk...

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP