Kueh lapis (version Nyonya)

Bahan - bahannya

Bahan A
150 gm tepung beras
30 gm tepung Hoon Kwee (putih)
400 ml santan pekat
160 ml air

Bahan B
150 gm gula castor
150 ml air
1/4 camca teh garam
2 helai daun pandan

Bahan C
Pewarna makanan merah

Cara membuatnya
1. Masak bahan B sehingga larut, angkat dari api dan biar sejuk.
2. Satukan semua bahan A ke dalam satu mangkuk, kacau rata dan ketepikan 30 minit.
3. Campurkan Bahan A & B, kacau rata dan tapis.
4.Panaskan kukusan, alas plastik bersih dalam tin berukuran ( 5 x 5 inci), sapu sedikit minyak pada plastik tadi.
5. Bahagikan  kpd 2 bahagian. Salah satu dicampurkan dgn pewarna merah.
6. Panaskan loyang dalam kukusan selama 5 minit, tuang 1 bahagian merah jambu, kukus 5 - 6 minit meggunakan api sederhana hingga masak, tuang 1 bahagian putih dan kukus hingga masak dan buat seterusnya.
7. Untuk lapisan terakhir, kukus hingga masak, selama 12 - 15 minit lagi.
8. Sejukkan kuih betul2 sebelum dipotong untuk hidangan.
Nota:
1. Balut tutup kukus dengan kitchen towel semasa mengukus untuk mengelakkan wap jatuh atas permukaan kuih.

0 comments:

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP