Cinnamon Roll

Bahan-bahan roti:
3/4 cwn susu
1/4 cwn margarine (dilembutkan)
3 1/4 cwn gandum
1 (11gm) packet yis segera
1/4 cwn castor sugar
1/2 tsp garam
1/4 cwn air
1 biji telur

Bahan inti:
1 cwn brown sugar
1 sudu serbuk kayu manis
1/2 cwn margarine
1/2 cwn raisin

Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan susu hingga berbuih dan alihkan dari api.
2. Masukkan 1/4 cwn margerine hingga marjerin cair. Biarkan hingga suam
3. Dlm mangkuk yg berasingan, campurkan 2 1/4 cawan.gandum, yis, castor sugar & garam hingga sebati.
4. Masukkan air, telur dan campuran susu & marjerin yg telah disejukkan tadi.
5. Gaul hingga semua sebati. Masukkan baki 1 cawan gandum tadi sedikit demi sedikit hingga doh tidak lagi melekat ditangan.
6. Uli doh di atas papan pencanai yg telah ditabur dgn gandum. (Jgn over uli, nanti roti jd keras). Cukup sekadar utk dapatkan doh yg bulat (dlm 5 minit je).
7. Rehatkan doh selama 10 minit didalam mangkuk. Tutup dgn kain lembab.
8. Canaikan doh ke bentuk 4 segi.
9. Sapukan majerin dari bahan inti di serata permukaan doh yang telah dicanai tadi.
10. Taburkan serbuk kayu manis & brown sugar di atas sapuan majerin tadi. Taburkan juga raisin jika suka.
11. Gulung doh tadi. Potong gulungan doh 1/2 inci setiap satu.
12. Susun potongan doh tadi dlm baking tin. Biarkan ada jarak antara setiap satu kerana doh akan kembang lagi.
13. Tutup dgn kain lembab dan biarkan selama 30minit utk doh naik lagi.
14. Bakar untuk selama 20minit dgn suhu 190 darjah celcius.
Nota:
1. Raisin boleh diganti dgn kekacang ie pecan, walnut atau pisang sekalipun.
2. Nak lagi best, bila dah masak, sapukan caramel glaze diatas cinnamon roll.
3. Cara buat caramel glaze:
- caramelised 1/2 cwn gula.
- masukkan sedikit air & 1/2 cwn fresh milk.
- masukkan 1 sudu gandum. Kacau hingga semua sebati. Biarkan sejuk.

Butter Scone

Bahan-bahannya :
2 cawan tepung gandum
1 tbsp baking powder
1/2 tsp garam halus
100g butter sejuk (potong kecil2)
2 tbsp gula castor
1/2 cawan susu segar
1 biji telur
Dried fruits / raisin

Cara-cara penyediannya:
1. Gaul semua bahan kering dgn garpu
2. Gaul butter & tepung dengan hujung jari sampai butter & tepung jadi seperti serbuk roti.
3. Masukkkan susu & telur dan gaul semua sampai tepung dah melekat.
4. Canai doh jadi 1inci atas tmpt bertepung sedikit (takut melekat).Tekap dgn acuan.
5. Sapu permukaan scone dengan lebihan susu+telur sebelum dibakar 
6. Bakar pada suhu 200C sampai atas kuning keemasan.
Note:
1. Jangan uli adunan nanti scone jadi padat & berat.
2. Best mkn masa suam dgn butter & jem

Cakoi

Bahan-bahannya :
 400 g tepung ~ diayak
1 cawan air
1 sudu besar majerin ~ dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng 

Cara penyediaan:
1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari.tambah tepung sikit demi sikit if doh masih melekit
4. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah ditutup dgn kain basah.
5. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
6. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
7. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
8. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
9. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan. 

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP