Biskut Lidah Kucing

Bahan-bahannya
250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru
Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega

Cara Penyedian
1. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim
3. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
4. Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
6. Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
7. Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan & paipkan atas loyang lidah kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi
8. Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit

Nota:
1. Jaga jangan bakar sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
2. Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

0 comments:

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP