Nasi Ayam Hainan

Bahan-bahannya

Untuk sup

1 ekor ayam (potong 4)
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 1/2 liter air
2 sudu concentrated chicken stock
garam & gula secukup rasa

Untuk Nasi
4 pot beras
3 ulas bawang putih
1 inci halia

untuk sambal cili
5 tangkai cili merah
1/2 biji limau nipis
1 ulas bawang putih
sedikit garam sebagai perasa

Untuk sambal halia
2 inci halia
3 ulas bawang putih
sedikit garam sebagai perasa

Untuk Kicap
3 sudu kicap manis
1/2 mangkuk sup ayam

Untuk garnishing
1/2 ikat daun bawang & daun sup
1/2 batang timun
1 biji tomato


Cara-cara penyediaan
1. Bawang putih & halia diketuk
2. Rebus ayam bersama halia, bawang & concentrated chicken stock hingga ayam betul2 masak & sup agak pekat. Keluarkan ayam.
3. Masak nasi bersama 8 pot sup, halia & bawang putih yang telah diketuk.
4. Untuk sambal cili, blend cili & bawang putih. Perahkan limau dan masukkan garam secukup rasa.
5. Untuk sambal halia, blend halia & bawang putih serta masukkan garam secukup rasa.
6. Untuk kicap, campurkan kicap bersama sup ayam tadi

Nota:
1. Untuk ayam goreng, ayam yg telah direbus tadi dilumurkan dengan 3 sudu kicap pekat & 2 sudu kicap manis. Biarkan seketika sebelum digoreng. Tak perlu goreng hingga garing kerana ayam sudah masak.
2. Hidang bersama sambal cili, sambal halia, kicap dan bahan2 garnishing.

0 comments:

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP