Marble Cheese Brownies

Bahan Choc. Cake
250gm Butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur - gred B
1½ cwn gula kator
½ cwn susu cair
1½ cwn tepung gandum
1 sdt Baking powder
1 sdt Soda bikabonat
1 sdt esen vanilla

Lapisan Cheese
250gm Cream Cheese
1 cwn gula kastor
1 biji telur - gred B

Cara :-
1. Cairkan butter
2. masukkan serbuk koko & kacau rata.
3. Dalam mangkuk lain, pukul telur & gula sampai sebati.
masukkan esen vanila.
4. Kemudian campurkan dgn bancuhan butter dan kacau hingga sebati.
5. Masukkan susu cair dan kacau lagi...
6. Masukkan tepung, baking powder & soda bicarbonat dan kacau sehingga sebati.
7.
Masukkan bancuha coklat ke dlm loyang dantinggalkan adunan sebanyak 1/4 cawan (masukkan kedlm piping beg utk buat corak marble)
8. bakar selama 20 minit dengan suhu 180 darjah celcius.
9. Pukul cream cheese sehingga gebu.
10.Masukkan gula serta telur dan pukul hingga sebati.
11.
Selepas 20min, keluarkan bahan choc yg separuh masak tadi.tuangkan bahan cheese dan ratakan keseluruh atas kek
12. Paipkan baki chocolate atas cheese, & lorekkan dengan corak bebas
13.Bakar lg selama 15min atau sehingga cheese masak

Nota:
1. Sementara tggu bahan choc. masak sedikit, sediakan bahan cheese..

0 comments:

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP