Spaghetti Carbonara

Bahan-bahannya
1 paket spaghetti
1/2 labu bawang besar Holland (dicincang)
6 ulas bawang putih (dicincang)
1/2 sudu teh oregano (serbuk kasar)
1/2 sudu teh parsley (serbuk kasar)
2 helai daun basil
1 keping dada ayam (dikisar halus)
2 batang frankfurter (dihiris nipis)
1/2 tin cendawan butang (dihiris nipis)
200ml cooking cream
1 cawan air rebusan ayam (chicken stock)
1/2 cawan mixed vegetables
1 sudu mkn tepung gandum
3 sudu makan parutan keju cheddar
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan
1. Rebus 1 peket spaghetti bersama sedikit garam hingga al-dante & toskan hingga kering.
2. Tumis bawang besar, bawang putih & semua herba hingga naik bau.
3. Masukkan ayam kisar & gaul sebati dgn bahan tumisan.
4. Masukkan air rebusan ayam & masak hingga isi ayam masak sepenuhnya.
5. Masukkan hirisan frankfurters, cendawan butang & mixed vege & masak hingga sempurna.
6. Masukkan cooking cream & biarkan mendidih.
7. Campurkan tepung gandum dgn sedikit air untuk mendapat cairan likat.
8. Masukkan campuran tepung gandum dan masak hingga pekat.
9. Masukkan parutan keju cheddar dan masak hingga keju cair.

Note:
1. Masak guna api yg perlahan selepas masukkan cooking cream agar tidak pecah minyak.
2. Tak digalakkan guna keju mozarella untuk elakkan kuah menjadi melekit.
3. Kalau kuah terlalu cair.. Tambah campuran gandum dan jika terlalu pekat.. Tambah air hingga mendapat likat kuah yg dikehendaki.
4. Kuah yg terlalu cair sudah nk lekat kat spaghetti

0 comments:

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP