Pajeri Kedongdong

Bahan-bahannya
6 ulas bawang merah (blend) 
2 ulas bawang putih (blend) 
1 ibu jari halia (blend) 
Segenggam udang kering / ikan bilis (blend) 
20 biji buah kedondong - celur separuh lembut
1 paket kecil rempah kari daging 
1 sudu besar kerisik
1/2 kg santan segar
2 sudu kecil garam atau secukup rasa 
1/4 buku gula melaka

Cara penyediannya:
1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering sehingga wangi
2. Masukkan rempah kari kering (tak dibancuh dengan air) dan kacau rata cepat cepat. 
3. Masukkan santan, garam, gula melaka dan kerisik supaya kesemua sekali masak mesra.
4. Masukkan buah kedondong serta sedikit air sehingga agak-agak buah kedondong tenggelam sahaja.
5. Masak dengan api sederhana sehingga kuah pecah minyak.

0 comments:

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP