Puding Pisang Diraja

Bahan-bahannya

1 sisir pisang emas (average 12 biji)
2 biji telur (dipukul)
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
2 sudu esen vanila
minyak utk menggoreng
Hirisan Badam & Kismis sebagai hiasan


Cara-cara penyediannya:
1. Pisang yg telah dikopek kulitnya di celup ke dalam telur & digoreng hingga keperangan.
2. Toskan pisang yg telah digoreng tadi.
3. Masak susu cair bersama gula & esen vanila hingga mendidih.
4. Masukkan pisang yg telah digoreng tadi dan biarkan mereneh selama 10 minit sebelum dimatikan api.
5. Taburkan hirisan badam yg telah dipanggang & kismis semasa menghidang.

Nota:
1. Boleh juga gunakan Kueh Jala Mas sebagai hiasan.

0 comments:

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP