Serimuka

Bahan-bahannya

Bahagian Bawah
250gm beras pulut (rendam 30min)
1/2 cawan santan
1/2 susu teh garam
1 sudu teh gula

Bahagian Atas
4 helai daun pandan
400ml santan pekat
2 biji telor
60gm tepung beras
100gm gula kasar
50gm gula merah
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh minyak

Cara penyediaannya
1. Sekali kan pulut, santan, gula & garam. Kukus hingga pulut masak sepenuhnya. 
2. Mampatkan pulut dlm loyang yg akan diguna kan utk mengukus serimuka. Pastikan cukup mamat agar bahagian atas tidak meresap ke bawah
3. Blend daun pandan, telur, santan, gula, garam dan minyak hingga halus. 
4. Tapis bahan2 yg telah diblend dan pastikan perah betul2 bagi pastikan warna pandan turun sepenuhnya. 
5. Satukan bahan yg ditapis dgn tepung beras & kacau hingga sebati. Tapis lg sekali bagi mengasingkan tepung yg berketul. Rehat kan adunan selama 15min supaya buih hilang. 
6. Tuang kan adunan td atas pulut yg telah dimampatkan dh kukus utk 30min.
7. Selepas 30min, tutup api & buka penutup utk biarkan air dipermukaan serimuka kering. 

Nota:
1. Lg kurang buih lg cantik permukaan serimuka.
2. Potong hanya setelah sejuk sepenuhnya. 

0 comments:

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP