Daging Dendeng

Bahan-bahannya

250gm daging lembu
5 sudu mkn kicap pekat
3 sudu mkn kicap manis
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
20 tangkai cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai
Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara penyediaannya:
1. Perap daging dengan kicap pekat & kicap manis selama 1 jam
2. goreng daging tersebut hingga masak
3. Tumbuk daging yg telah digoreng itu hingga agak nipis (jgn hancur)
4. Blend bawang merah, bwg putih, cili kering, serai, lengkuas dan halia hingga agak halus
5. Dgn menggunakan lebihan minyak gorengan daging, tumis semua bahan yg telah di blend itu tadi hingga betul2 naik bau & garing.
6. Masukkan daging ke dalam bahan tumisan dan gaul hingga mesra. Kaup balikkan di atas api hingga agak kering.

Nota:
Daging dendeng ni sesuai dimakan dengan roti, nasi impit, nasi atau lemang.

Cream Puff

Bahan-bahan Puff

60gm butter

125ml air

secubit garam

2 biji telur

75 gm tepung gandum


Bahan - Bahan Custard Cream

60 gm tepung kastad
30 gm tepung jagung
185 gm gula kastor
400 ml susu
300 ml air
2 biji kuning telur

1 sudu teh esen vanila
1 sudu mkn butter


Cara Penyediaan Puff

1. Masukkan butter & air ke dalam periuk & masak hingga beriak (jgn biarkan air mendidih sebelum butter cair.
2. Tutup api, masukkan tepung & garam. Hidupkan kembali api & kacau laju2 hingga adunan terpisah dari tepi periuk.
3. Tutup api & biarkan sejuk selama 5 minit.
4. Masukkan telur satu demi satu & pukul hingga adunan menjadi kental.
5. Masukkan ke dalam piping bag. Pipe kan sebesar 1 inci di atas dulang pembakar
6. Bakar dalam ketuhar selama 10 minit dgn kepanasan 200 darjah celcius
7. Kurangkan kepanasan ke 180 darjah dan sambung lagi utk selama 15 minit. Selepas itu, biarkan puff sejuk didalam oven
8. Pipe kan cream custard kedalam puff.

Cara Penyediaan Cream Custard

1. Campurkan tepung kastad & tepung jagung.
2. Pukul kuning telur & gula.
3. Masukkan campuran tepung kedalam adunan telur.
4.Panaskan Susu & air hingga hampir mendidih.
5. Masukkan campuran susu & air yg telah dimasak tadi ke dalam adunan telur & kastad. Kacau hingga mesra
6. Masak adunan di atas api yg sederhana kuat hingga adunan menjadi likat.
7. Tutup api, masukkan butter & vanila essence dan gaul hingga sebati.
8. Sejukkan sebelum digunakan.

Nasi Ulam

Bahan-Bahannya
1 ekor ikan kembung (medium size)
1/2 cwn ikan bilis
20gm udang kering
1 keping ikan kurau kering (optional)
1 ikat daun pegaga
10 helai daun kaduk
1 ikat daun tenggek burung
3 helai daun kunyit
1 ikat ulam raja
5 helai daun sekentut
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
4 batang serai
100gm kelapa parut

Cara penyediaannya
1.Ikan kembung, ikan kurau kering, ikan bilis dan udang kering dibakar dan ditumbuk halus.
2. semua ulaman (pegaga, kaduk, tenggek burung,ulam raja & daun kunyit) dihiris halus seperti bunga rampai.
3. Hiris nipis bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai.
4. Kelapa parut, hirisan ulaman, serbuk lada hitam, bawang, halia, serai dan lengkuas disangai diatas api yg kecil
5. masukkan campuran ikan kembung,ikan kurau,ikan bilis & udang kering yang telah ditumbuk halus tadi.
6. Sangai sehingga semua ulaman menjadi kering bagi memastikan ulam kerabu ini tahan lama.


Nota:
1. Ulam Kerabu ni paling best digaul dengan nasi bila nak makan.
2. Boleh tahan sampai 3 bulan didalam peti sejuk jika ulaman betul2 kering.

Sambal Goreng Telur Ikan Bilis

Bahan-bahannya
1/2 mangkuk kecil ikan bilis yang telah dibersihkan
1 biji telur (grade A)
3 batang cili merah
1/2 cm halia
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
gula & garam secukup rasa
minyak utk menumis

Cara penyediaan
1. Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih, halia dan cili.
2. Tumbuk ikan bilis separa hancur
3. Tumis semua bahan yang telah ditumbuk (1) hingga naik bau
4. Masukkan garam & gula
5. Masukkan ikan bilis dan gaul hingga mesra
6. Pecahkan telur dan kacau macam nak buat scramble egg. Goreng hingga telur benar2 masak bagi mengelakkan bau hanyir.

Nota:
1. Best dimakan dengan roti atau nasi panas.

Ikan Bawal Goreng Belacan

Bahan-bahannya
1 ekor ikan bawal (digaramkan & digoreng)
5 ulas bawang merah
4 tangkai cili merah
3 ulas bawang putih
1 biji limau nipis
1 sudu teh belacan
minyak utk menumis
gula dan garam secukup rasa

Cara penyediaan
1. Blend cili, bawang merah, bawang putih dan belacan
2. Tumis semua bahan yg telah diblend hingga garing.
3. masukkan air perahan limau nipis dan garam & gula.
4. Masukkan ikan yg telah digoreng dan biarkan hingga sambal mesra dgn ikan tersebut.

Ikan Bakar Portugese

Bahan-bahannya
1 ekor ikan bawal / sebelah (medium saiz)
20 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili api
5 batang bende (potong nipis)
1 sudu teh belacan
2 helai daun limau purut
1/2 biji limau nipis
garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan minyak utk menumis

Cara penyediaan
1. blend bersama cili kering, bawang putih, bawang merah, cili api, dan belacan.
2. tumis semua bahan yg telah diblend tersebut hingga garing dan masukkan daun limau purut.
3. letakkan ikan diatas aluminium foil yang agak besar kerana ianya akan dilipat menjadi pouch.
4. letak sambal yang telah dimasak tersebut di atas ikan
5. Tabur bende yang telah dihiris diatas sambal tersebut.
6. lipat aluminium foil menjadi pouch. pastikan tiada lubang utk sambal meleleh keluar.
7. Bakar ikan tersebut di dalam oven dengan kepanasan 150 degree celcius utk selama 30 minit.


Nota:
1. Ikan boleh diganti dengan sotong atau udang bersaiz medium.
2. hati2 ketika menbuka pouch aluminium kerana ada stim yg terperangkap didalamnya.

Sambal Sardin Goreng

Bahan-bahannya

1 tin sardin in tomato sauce (medium size)
1 ulas bawang besar ( saiz kecil) - dihiris nipis
4 ulas bawang putih - dicincang halus
1cm halia - dicincang halus
1 sudu makan cili boh
1 tangkai cili merah - dihiris nipis
1/2 biji limau nipis - diperah dan ambil airnya
1/2 cawan minyak untuk menggoreng
2 sudu makan tomato sos
1/4 cawan air
gula & garam secukup rasa


Cara penyediaan
1. goreng ikan sardin hingga agak garing. angkat dan ketepikan
2. ambil 2 sudu makan dari minyak gorengan tersebut utk menumis. Tumis cili boh, bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
3. tambahkan air, hirisan cili dan tomato sos. biarkan hingga mendidih.
4. masukkan air perahan limau nipis, gula dan garam.
5. Bila semua bahan sudah mesra, masukkan ikan sardin yang telah digoreng tadi. gaul hingga kuah meresap ke dalam ikan tadi.


Nota:
1. hati2 ketika menggoreng ikan sardin kerana biasanya ia akan meletup
2. hidangan ini sesuai dimakan dgn roti dan nasi panas

Chocolate Walnut Brownies

Bahan-bahannya

250gm butter
1 cwn cocoa powder
1 3/4 cwn gula
1 1/4 cwn gandum
4 biji telur (grade A)
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
2/3 cwn kacang walnut (dibakar & dicincang)
1/2
cwn chocolate chips
1 sudu teh vanila essense

Cara menyediakan
1. Panaskan oven ke 180 darjah celcius
2. butter dicairkan dan biarkan hingga suam
3. Ayak cocoa powder ke dalam butter yang telah dicairkan dan gaul hingga sebati.
4. Masukkan gula dan gaul lagi.
5. Masukkan telur satu persatu dan gaul hingga sebati.
6. Masukkan vanila essense.
7. Dalam Mangkuk yang berbeza, campurkan bahan-bahan kering (gandum, baking powder & garam)
8. Masukkan adunan basah ke dalam adunan kering dan gaul hingga mesra.
9. Masukkan kacang walnut dan chocolate chips.
10. Tuang adunan ke dlm bekas pembakar yg telah diminyakkan dan bakar selama 35 minit

Masak Tempoyak Ikan Patin

Bahan-bahannya

1 ekor Ikan Patin (1 kg)
1 ikat daun kesum
3 batang bunga kantan (potong 4)
5 ulas bawang merah
1 sudu teh serbuk kunyit
5 sudu makan tempoyak
3 biji cili merah
10 biji cili api
3 cawan air
gula secukup rasa
garam secukup rasa


Cara menyediakan
1. Bawang dan cili dikisar halus
2. Masukkan semua bahan termasuk yang telah dikisar dan masak hingga ikan betul2 masak


Nota:
1. Ikan dibasuh dengan air asam jawa dan garam bagi menghilangkan bau hanyir
2. Tempoyak dicairkan sedikit bagi membolehkan ia cepat mesra didalam kuah.

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP