Ikan Bakar Portugese

Bahan-bahannya
1 ekor ikan bawal / sebelah (medium saiz)
20 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili api
5 batang bende (potong nipis)
1 sudu teh belacan
2 helai daun limau purut
1/2 biji limau nipis
garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan minyak utk menumis

Cara penyediaan
1. blend bersama cili kering, bawang putih, bawang merah, cili api, dan belacan.
2. tumis semua bahan yg telah diblend tersebut hingga garing dan masukkan daun limau purut.
3. letakkan ikan diatas aluminium foil yang agak besar kerana ianya akan dilipat menjadi pouch.
4. letak sambal yang telah dimasak tersebut di atas ikan
5. Tabur bende yang telah dihiris diatas sambal tersebut.
6. lipat aluminium foil menjadi pouch. pastikan tiada lubang utk sambal meleleh keluar.
7. Bakar ikan tersebut di dalam oven dengan kepanasan 150 degree celcius utk selama 30 minit.


Nota:
1. Ikan boleh diganti dengan sotong atau udang bersaiz medium.
2. hati2 ketika menbuka pouch aluminium kerana ada stim yg terperangkap didalamnya.

0 comments:

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP