Sambal Sardin Goreng

Bahan-bahannya

1 tin sardin in tomato sauce (medium size)
1 ulas bawang besar ( saiz kecil) - dihiris nipis
4 ulas bawang putih - dicincang halus
1cm halia - dicincang halus
1 sudu makan cili boh
1 tangkai cili merah - dihiris nipis
1/2 biji limau nipis - diperah dan ambil airnya
1/2 cawan minyak untuk menggoreng
2 sudu makan tomato sos
1/4 cawan air
gula & garam secukup rasa


Cara penyediaan
1. goreng ikan sardin hingga agak garing. angkat dan ketepikan
2. ambil 2 sudu makan dari minyak gorengan tersebut utk menumis. Tumis cili boh, bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
3. tambahkan air, hirisan cili dan tomato sos. biarkan hingga mendidih.
4. masukkan air perahan limau nipis, gula dan garam.
5. Bila semua bahan sudah mesra, masukkan ikan sardin yang telah digoreng tadi. gaul hingga kuah meresap ke dalam ikan tadi.


Nota:
1. hati2 ketika menggoreng ikan sardin kerana biasanya ia akan meletup
2. hidangan ini sesuai dimakan dgn roti dan nasi panas

0 comments:

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP