Cream Puff

Bahan-bahan Puff

60gm butter

125ml air

secubit garam

2 biji telur

75 gm tepung gandum


Bahan - Bahan Custard Cream

60 gm tepung kastad
30 gm tepung jagung
185 gm gula kastor
400 ml susu
300 ml air
2 biji kuning telur

1 sudu teh esen vanila
1 sudu mkn butter


Cara Penyediaan Puff

1. Masukkan butter & air ke dalam periuk & masak hingga beriak (jgn biarkan air mendidih sebelum butter cair.
2. Tutup api, masukkan tepung & garam. Hidupkan kembali api & kacau laju2 hingga adunan terpisah dari tepi periuk.
3. Tutup api & biarkan sejuk selama 5 minit.
4. Masukkan telur satu demi satu & pukul hingga adunan menjadi kental.
5. Masukkan ke dalam piping bag. Pipe kan sebesar 1 inci di atas dulang pembakar
6. Bakar dalam ketuhar selama 10 minit dgn kepanasan 200 darjah celcius
7. Kurangkan kepanasan ke 180 darjah dan sambung lagi utk selama 15 minit. Selepas itu, biarkan puff sejuk didalam oven
8. Pipe kan cream custard kedalam puff.

Cara Penyediaan Cream Custard

1. Campurkan tepung kastad & tepung jagung.
2. Pukul kuning telur & gula.
3. Masukkan campuran tepung kedalam adunan telur.
4.Panaskan Susu & air hingga hampir mendidih.
5. Masukkan campuran susu & air yg telah dimasak tadi ke dalam adunan telur & kastad. Kacau hingga mesra
6. Masak adunan di atas api yg sederhana kuat hingga adunan menjadi likat.
7. Tutup api, masukkan butter & vanila essence dan gaul hingga sebati.
8. Sejukkan sebelum digunakan.

0 comments:

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP