Nyonya Curry Laksa
Bahan-bahannya
Stok ayam
2 keping dada ayam
1 inci halia (diketuk)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu mkn/kiub stok ayam
2 liter air
Sambal
2 ulas bawang merah (blend)
2 ulas bawang putih (blend)
1/2 inci halia (blend)
2 sudu makan cili giling
1 sudu makan udang kering (blend)
1/2 sudu teh pes asam jawa
Sedikit air
Garam & Gula secukup rasa
Minyak utk menumis
Rencah Kari
5 ulas bawang merah (blend)
3 ulas bawang putih (blend)
1 inci halia (blend)
1 sudu makan udang kering (blend)
3 btg serai (dititik)
1 sudu teh pes asam jawa
Rempah 3 beradik (kayu manis, pelaga & bunga lawang)
2 sudu serbuk kari daging
1 sudu makan pes cili giling
Minyak untuk menumis
1 sudu makan kacang tanah tumbuk
2 akar ketumbar (diketuk)
250 ml santan
5 keping tauhu pok (potong 2 @ 4)
10 biji fishball (belah 2)
1/2 cawan isi kerang (dicelur)
1 cawan sawi (dicelur)
1 cawan Taugeh (dicelur)
Mihun
Cara penyediaan:
1. Rebus bahan-bahan stok ayam sehingga ayam masak sepenuhnya.
2. Keluar kan ayam & biarkan sejuk. Ayam dipotong kecil utk dijadikan rencah.
3. Tumis bahan-bahan sambal yang telah di blend bersama cili giling hingga naik minyak. Masukkan pes asam jawa, garam, gula & air. Masak sambal hingga pecah minyak dan pekat.
4. Tumis bahan-bahan rencah kari yang telah di blend bersama serbuk kari, rempah 3 beradik, pes cili giling & kacang tumbuk hingga pecah minyak.
5. Masukkan air rebusan stok ayam ke dalam bahan yang telah ditumis.
6. Masukkan serai & akar ketumbar. Biarkan mendidih. Masukkan santan & pes asam jawa. Masak hingga naik minyak.
7. Masukkan fishball & tauhu pok. Biarkan mendidih.
8. Untuk menghidang, masukkan mihun ke dalam mangkuk. Masukkan ayam yg telah dipotong, isi kerang, sawi & taugeh. Tuang kan kuah. Hidang bersama sambal.
Nota:
1. Blh ganti udang dgn kerang
0 comments:
Post a Comment