Cinnamon Roll

Bahan-bahan roti:
3/4 cwn susu
1/4 cwn margarine (dilembutkan)
3 1/4 cwn gandum
1 (11gm) packet yis segera
1/4 cwn castor sugar
1/2 tsp garam
1/4 cwn air
1 biji telur

Bahan inti:
1 cwn brown sugar
1 sudu serbuk kayu manis
1/2 cwn margarine
1/2 cwn raisin

Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan susu hingga berbuih dan alihkan dari api.
2. Masukkan 1/4 cwn margerine hingga marjerin cair. Biarkan hingga suam
3. Dlm mangkuk yg berasingan, campurkan 2 1/4 cawan.gandum, yis, castor sugar & garam hingga sebati.
4. Masukkan air, telur dan campuran susu & marjerin yg telah disejukkan tadi.
5. Gaul hingga semua sebati. Masukkan baki 1 cawan gandum tadi sedikit demi sedikit hingga doh tidak lagi melekat ditangan.
6. Uli doh di atas papan pencanai yg telah ditabur dgn gandum. (Jgn over uli, nanti roti jd keras). Cukup sekadar utk dapatkan doh yg bulat (dlm 5 minit je).
7. Rehatkan doh selama 10 minit didalam mangkuk. Tutup dgn kain lembab.
8. Canaikan doh ke bentuk 4 segi.
9. Sapukan majerin dari bahan inti di serata permukaan doh yang telah dicanai tadi.
10. Taburkan serbuk kayu manis & brown sugar di atas sapuan majerin tadi. Taburkan juga raisin jika suka.
11. Gulung doh tadi. Potong gulungan doh 1/2 inci setiap satu.
12. Susun potongan doh tadi dlm baking tin. Biarkan ada jarak antara setiap satu kerana doh akan kembang lagi.
13. Tutup dgn kain lembab dan biarkan selama 30minit utk doh naik lagi.
14. Bakar untuk selama 20minit dgn suhu 190 darjah celcius.
Nota:
1. Raisin boleh diganti dgn kekacang ie pecan, walnut atau pisang sekalipun.
2. Nak lagi best, bila dah masak, sapukan caramel glaze diatas cinnamon roll.
3. Cara buat caramel glaze:
- caramelised 1/2 cwn gula.
- masukkan sedikit air & 1/2 cwn fresh milk.
- masukkan 1 sudu gandum. Kacau hingga semua sebati. Biarkan sejuk.

0 comments:

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP