Bulgogi Ayam Pedas
Bahan-bahannya
1 keping dada ayam (potong memanjang)
1 tbs Gochugaru
1 tbs kicap cair
1 ts cuka
2 tbs Gochujang
2 tbs madu
1 ts sesame oil
3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
1/2 inci halia (tumbuk halus)
1 tbs minyak masak
Cara penyediaan
1. Satukan gochugaru, kicap cair, cuka, gochujang, madu, sesame oil, bawang putih & halia dan gaul rata menjadi pes.
2. Perap ayam dengan pes tersebut sekurang-kurangnya 1 jam.
3. Gril ayam tersebut dan percikkan sedikit minyak dan biarkan hingga masak betul.
Nota:
1. Hias dgn taburan bijan & daun bawang
2. Sedap dimakan begitu sahaja atau bersama nasi panas.
0 comments:
Post a Comment