Kimchi

Bahan-bahannya
1/2 biji napa cabbage (potong kecil)
100gm carrot (potong panjang)
100gm lobak putih (potong panjang)
1/2 biji bawang besar (potong panjang)
1 pokok daun bawang (hiris panjang2)
3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
1/2 inci halia (tumbuk halus)
2 tbs Gochugaru
2 tbs Gochujang
1 ts kicap cair
1 tbs oyster sauce
1 tbs gula perang

Cara Penyediaan
1. Ratakan garam (byk) ke atas napa cabbage dan perap selama 2 jam
2. Basuh napa cabbage sebanyak 3 kali atau hingga hilang semua garam
3. Satukan bawang putih, halia, gochugaru, gochujang, kicap cair, oyster sauce & gula perang hingga menjadi pes.
4. Satukan semua sayur, bawang besar & daun bawang dlm satu bekas.
5. Perap sayur tersebut dgn pes tadi.
6. Biarkan di suhu bilik sekurang-kurangnya 2 hari. Selepas itu baru simpan didalam peti.

Bulgogi Ayam Pedas

Bahan-bahannya
1 keping dada ayam (potong memanjang)
1 tbs Gochugaru
1 tbs kicap cair
1 ts cuka
2 tbs Gochujang
2 tbs madu
1 ts sesame oil
3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
1/2 inci halia (tumbuk halus)
1 tbs minyak masak

Cara penyediaan
1. Satukan gochugaru, kicap cair, cuka, gochujang, madu, sesame oil, bawang putih & halia dan gaul rata menjadi pes.
2. Perap ayam dengan pes tersebut sekurang-kurangnya 1 jam.
3. Gril ayam tersebut dan percikkan sedikit minyak dan biarkan hingga masak betul.

Nota:
1. Hias dgn taburan bijan & daun bawang
2. Sedap dimakan begitu sahaja atau bersama nasi panas.

Kimchi Jiggae

Bahan-bahan
1/2 cawan lobak putih
1/2 cawan carrot
1/2 cawan kimchi
1/4 biji bwg besar (potong nipis)
3 kuntum cendawan shitake (potong nipis)
1 keping dada ayam (potong kiub)
1.5 cawan air

Bahan-bahan pes
1 tbs Gochujang
1 tbs korean chili flakes
1 tbs kicap cair
2 ulas bwg putih (tumbuk halus)
1/2 gengam ikan bilis (tumbuk halus)
1 tbs sesame oil

Cara penyediaan
1. Campurkan semua bahan pes hingga sebati.
2. Perap ayam dengan sedikit garam & lada hitam
3. Dalam periuk, masukkan ayam bersama pes dan gaul hingga sebati.
4. Masukkan air dan biarkan mereneh.
5. Masukkan semua sayur, bawang, cendawan & kimchi dan biarkan mendidih.

Nota:
1. Boleh pecahkan telur utk pekatkan kuah
2. Boleh guna tauhu lembut instead of kimchi & ini dinamakan sundubu jiggae
3. Sedap dimakan dgn nasi.

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP