Korean style Egg Bun [Gaeran Bbang]

Bahan-bahannya

3/4 cawan Gandum
2 biji telur saiz A (utk batter)
1/2 cawan butter (dicairkan)
1/3 cawan gula
1/4 cawan susu segar
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanila esen
8 biji telur  saiz C(bhg atas)
Cheddar cheese (optional) - diparut
Garam

Cara menyediakan
1. Pukul telur hingga kembang.
2. Masukkan gula & pukul hingga gula larut.
3. Masukkan telur dan pukul hingga sebati.
4. Masukkan esen vanila dan kacau hingga sebati
5. Masukkan butter yang telah dicairkan
6. Masukkan baking powder & gandum yg telah diayak kedalam adunan dan gaul hingga sebati. Tekstur adunan adalam seperti adunan pankek.
7. Tuang adunan kedalam dulang pembakar muffin (separuh penuh) yang telah dileser dgn butter/minyak
8. Pecahkan sebiji telur atas setiap adunan tadi.
9. Tabur sedikit garam atas setiap telur tadi atau tabur cheddar cheese.
10. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit.

0 comments:

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP