Nasi Beriani
Bahan-bahannya
2 cawan beras basmathi
1/2 ekor ayam
1 tin kecik minyak sapi
1 btg kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1/2 labu bawang besar (hiris nipis)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 inci halia (ditumbuk)
3 sudu mkn rempah beriani/kuzi
3 helai daun pandan
1 liter air
Gula & garam
Kismis & bawang goreng
Cara-cara penyediaan
1. Didihkan air dgn 1/2 tin kecil minyak sapi, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis,bunga cengkih & gula dan garam secukup rasa
2. Rebus beras yg telah dibersihkan hingga 3/4 masak kemudian toskan.
3. Dalam periuk yg berbeza, tumis bawang besar, bawang putih, halia & rempah beriani hingga naik bau.
4. Masukkan ayam dan gaul hingga sebati.
5. Perasakan dgn gula & garam.
6. Susun daun pandan atas ayam.
7. Masukkan nasi yg telah ditoskan tadi atas lapisan daun pandan. Masak hingga nasi masak sepenuhnya.
8. Titiskan pewarna dan tabur kismis dan bawang goreng. Tutup api.
0 comments:
Post a Comment