Daging Masak Hitam

Bahan-bahannya

500g daging
2 batang serai (diketuk)
1 helai daun pandan
1 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
kuntum bunga cengkih
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar cuka
kicap manis secukupnya

Bahan-bahan untuk perapan:
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia

Cara penyediaan 
1. Perap daging dengan  bahan-bahan untuk perapan selama minimum 1/2 jam.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan serai, daun pandan, kayu manis,buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih.
3. Masukkan pula cili kisar & cuka dan tumis sehingga garing.
4. Masukkan daging yang diperap tadi dan tambah lagi kicap manis secukupnya.
5. Masak sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat.

0 comments:

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP