Asam Rebus Ikan Kembong

Bahan-bahannya

4-5 ekor ikan kembung
5 batang bendi
1 biji tomato (belah 4)
2 batang serai, dititik
2 keping asam keping
2 ulas bawang putih (blend halus) 
3 biji bawang merah (blend halus) 
1 inci kunyit (blend halus) 
2 biji cili merah  (blend halus) 
3 tangkai cili padi (blend halus) 
1/2 sudu teh belacan
3 cawan air
Garam & gula secukup rasa

Cara penyediaan
1. Masukkan bahan yg di blend, serai, belacan, asam keping & air. Masak hingga mendidih
2. Masukkan ikan & bendi. Masak hingga ikan betul2 masak.
3. Tutup api & masukkan tomato.

Nota:
1. Boleh masukkan daun kesum jika suka
2. Boleh ganti bendi dengan betik muda

Daging Bakar Danok

Bahan-bahannya


Perapan daging
500 gm Daging
1/2 sudu makan Sos Ikan
1 sudu makan Sos Tiram
1 sudu makan gula perang
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan minyak 
(Perap daging sekurang-kurangnya 2 jam) 

Sos Pencicah
1 btg akar ketumbar (ditumbuk) 
3 btg ketumbar (hiris nipis) 
1 sudu teh beras yang disangai (tumbuk kasar) 
2 ulas bawang putih (ditumbuk) 
1 sudu makan Sos ikan
1 biji limau nipis (Ambil airnya) 
1 sudu teh gula perang
1/2 sudu makan chili flakes
5 tangkai cili api (ditumbuk) 
1/2 sudu makan Sos tiram
1/2 biji bawang besar (hiris nipis) 

Cara penyediaan
1. Bakar daging sehingga masak
2. Untuk sos Pencicah, gabungkan semua bahan. Boleh tambah garam & gula sekiranya perlu.

Nota:
1. Daging bakar ikut tahap yg digemari (Well or medium well) 
2. Perap daging lagi lama lagi best. 

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP