Kek Lapis Masam Manis

Bahan-Bahannya 
5 biji telur
250 gm mentega
2 cawan biskut Cream Cracker (kisar halus)
1/2 cawan gula kastor 
200ml kecil susu pekat
1 tsp esen vanilla
1 tsp baking powder
Haw Flakes secukupnya
Pewarna hijau, merah dan kuning

Cara-Cara penyedian 
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan pukul hingga sebati. 
3. Masukkan baking powder, susu pekat dan esen vanila dan pukul hingga kembang. 
4. Masukkan cream crackers dan pukul hingga adunan sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 
6. Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.
7. Masukkan separuh dari adunan warna yang pertama dan ratakan di dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak. 
8. Susun haw flakes atas adunan yg telah masak tadi. 
9. Ratakan pula warna yang kedua. 
10. Ulang proses untuk setiap lapisan  hingga habis semua adunan.
 

Serimuka

Bahan-bahannya

Bahagian Bawah
250gm beras pulut (rendam 30min)
1/2 cawan santan
1/2 susu teh garam
1 sudu teh gula

Bahagian Atas
4 helai daun pandan
400ml santan pekat
2 biji telor
60gm tepung beras
100gm gula kasar
50gm gula merah
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh minyak

Cara penyediaannya
1. Sekali kan pulut, santan, gula & garam. Kukus hingga pulut masak sepenuhnya. 
2. Mampatkan pulut dlm loyang yg akan diguna kan utk mengukus serimuka. Pastikan cukup mamat agar bahagian atas tidak meresap ke bawah
3. Blend daun pandan, telur, santan, gula, garam dan minyak hingga halus. 
4. Tapis bahan2 yg telah diblend dan pastikan perah betul2 bagi pastikan warna pandan turun sepenuhnya. 
5. Satukan bahan yg ditapis dgn tepung beras & kacau hingga sebati. Tapis lg sekali bagi mengasingkan tepung yg berketul. Rehat kan adunan selama 15min supaya buih hilang. 
6. Tuang kan adunan td atas pulut yg telah dimampatkan dh kukus utk 30min.
7. Selepas 30min, tutup api & buka penutup utk biarkan air dipermukaan serimuka kering. 

Nota:
1. Lg kurang buih lg cantik permukaan serimuka.
2. Potong hanya setelah sejuk sepenuhnya. 

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP