Turkish Bagel (Sumit)

Bahan-bahannya
3 sudu teh yis
1 sudu teh gula castor
1.5 sudu teh garam
500gm gandum
2 sudu madu
1 cwn bijan

Cara-cara penyediaan
1. Larutkan yis dlm 60ml air suam
2. Masukkan gula & kacau hingga larut dan biarkan selama 5min atau hingga berbuih
3. Masukkan 310ml air suam ke dalam bancuhan yis.
4. Dlm bekas berasingan, satukan garam dgn gandum.
5. Masukkan sebatian yis kedalam gandum dan gaul hingga menjadi doh.
6. Kuarkan dan uli atas papan yg ditabur sedikit gandum. Uli hingga doh menjadi licin & elastik.
7. Bentukkan menjadi bola dan simpan dlm bekas yg disapukan sedikit minyak. Tutup dgn tuala lembab dan biarkan selama 1 jam atau hingga doh menjadi 2x ganda.
8. Tumbuk doh dan jadikan doh kebentuk log & bahagi kpd 10bhg yg sama besar.
9. Uli setiap bahagian menjadi tali sepanjang 30cm. Lipat 2 dan twist doh menjadi seperti jalinan dan temukan hujungnya membentuk seperti donut.
10. Cairkan madu dgn 5 sudu teh air.
11. Celup doh ke dalam cairan madu & masukkan ke dalam bijan.
12. Bakar selama 20min dgn suhu 220 celcius atau hingga keperangan.

Nota:
1. Sesuai dimakan dgn cream cheese

0 comments:

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP