Biskut Cornflakes 2

Bahan-bahannya
250 gram mentega
180 gram gula kastor
1 camca teh esen vanilla
2 biji telur gred B
320 gram tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
1/4 camca teh soda bikarbonat
500 gm Cornflakes (diramas kasar)


Cara Penyediaan
1. Putar mentega dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan putar sebati.
3. Tambah esen vanilla, putar perlahan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan memang agak lembut. Rehatkan sebentar
4. Sediakan mangkuk besar, tuang cornflakes dan ratakan.
5. Masukkan adunan dalam beg piping besar, gunting hujungnya dan paip dalam anggaran 1 camca teh dunan ke dalam bekas berisi cornflakes tadi.
6. Golek2kan dengan cornflakes dan tekan2 sedikit agar cornflakes melekat.
7. Alihkan ke dulang pembakar, jarakkan sedikit kerana biskut akan mengembang bila dibakar nanti.
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160C selama 20 - 25 minit atau hingga biskut kekuningan.

0 comments:

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP