Orange Cake

Bahan-bahannya
1 buku mentega
2 cawan gula kastor
3 cawan tepung gandum
5 biji telur
½ cawan susu cair
1 camca teh vanilla esen
2 camca besar kulit oren (diparut)
3 camca besar jus oren
1 camca teh serbuk penaik.

Cara-cara penyediaan
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang dan putih.
2. Masukkan telur dan esen vanila san pukul hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum berserta serbuk penaik dan gaul sebati.
4. Masukkan jus oren, kulit oren dan susu cair. Gaul hingga sebati.
5. Bakar adunan dalam suhu 180 selama 40 minit atau sehingga masak.

Nota:
1. Susu cair boleh digantikan dengan susu pekat .Campurkan 2 camca besar susu pekat dengan air hingga menjadi 1/2 cawan.

0 comments:

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP