Butter Cheese Chicken

Bahan-bahannya
2 keping dada ayam (boneless)
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar tepung gandum
50gm butter
4 biji cili padi
1 tangkai daun kari
150ml susu segar/susu cair
100gm cheddar cheese (grated)
Garam & gula secukup rasa
Minyak utk menggoreng

Cara penyediaannya
1. Perap ayam dengan serbuk kari, garam, telur & gandum selama 1jam
2. Goreng ayam tersebut menggunakan minyak yg sedikit dlm non stick pan (pan fry) hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
3. Tumis cili api & daun kari menggunakan butter.
4. Masukkan susu dan masak hingga mendidih. Perasakan dgn garam & gula.
5. Masukkan ayam yg telh digoreng tadi.
6. Perlahankan api dan masukkan cheese.
7. Gaul hingga cheese cair dan tutup api.

Nota: makan panas2..

Chicken Parmigiana

Bahan-bahannya
2 keping dada ayam (fillet tanpa tulang)
1/2 tin sos spageti
100gm cheddar/mozarella cheese (grated)
Serbuk lada hitam & garam utk perapan
1 biji telur (dipukul)
2 sudu makan tepung gandum
Minyak utk menggoreng

Cara penyediaannya
1. Perap ayam dgn lada hitam & garam selama 30minit
2. celup ayam kedalam telur yang telah dipukul dan bedakkan dgn tepung gandum.
3. Goreng ayam tersebut hingga 3/4 masak.
4. Pindahkan ayam yang telah digoreng kedalam mangkuk kaca yang kalis oven.
5. Tuangkan sos spageti ke atas ayam tersebut.
6. Taburkan cheese keatas sos tadi.
7. Bakar dalam oven dgn suhu 180 darjah celcius selama 20minit.

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP