Shaksuka

Bahan-bahannya
100gm Daging cincang
1/2 labu bawang besar (cincang)
3 ulas bawang putih (cincang)
1/2 tin sos prego (tomato)
3 biji cendawan butang
3 biji telur
1 sudu daun parsley (kering)
1 helai daun bay
1/2 sudu teh ground black pepper

Cara Penyediaan
1. Tumis bawang putih & bawang merah
2. Masukkan daun parsley, bay & pepper.
3. Masukkan daging.
4. Masukkan sos prego & cendawan butang
5. Masak hingga daging lembut
6. Pecahkan telur sebiji demi sebiji.
7. Tutup api & hidang.

Nota : sesuai dimakan dengan garlic bread.

Flourless Crustless Cheese Cake

Bahan-bahannya
250gm Cream Cheese
200ml Whipping Cream
3 biji Telur
2 sudu teh Esen Vanila
1/2 cwn Gula Kastor

Cara Penyediaan
1. Lembutkan cream cheese pd suhu bilik
2. Pukul whipping cream sampai kental.
3. Dlm bekas lain, pukul cream cheese, telur, gula kastor & esen vanila sehingga gebu.
4. Masukkan whipping cream ke dlm adunan cream cheese. Gunakan kaedah kaup balik (folding) utk sekatakan adunan.
5. Masukkan adunan ke dlm loyang spring atau cupcake moulds.
6. Bakar pd suhu 180 darjah selama 45 min atau sehingga bhg atasnya keras & pecah sedikit.
7. Sejukkan pd suhu bilik selama sejam sebelum disimpan didalam peti utk sekuang-kurangnya sejam.

Nota: plg elok bakar guna kaedah water bath or bain marie..caranya letak loyang kek dlm tray yg lebih besar yg mengandungi air mendidik..jika menggunakan loyang spring, balut bhg bawah loyang dgn kertas aluminium bg mengelakkan air meresap masuk ke dlm loyang.

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP