Kek Masam Manis

Bahan-bahannya
1 buku butter (dilembutkan)
5 biji telur (grade A)
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh baking powder
2 sudu teh essen vanilla
1/2 tin susu pekat manis
2 1/2 cawan biskut cream cracker (dimesin hancur)
24 roll Asam Manis (Haw Flakes)
3 jenis pewarna

Cara-caranya
1. Pukul butter & gula hingga kembang.
2. Masukkan susu dan pukul hingga sebati
3. masukkan telur sebiji demi sebiji
4. Masukkan Esen Vanila dan baking powder
5. masukkan tepung biskut sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati.
6. Pecahkan adunan ke 3 bahagian dan warnakan setiap bahagian dgn warna yg berlainan
7. Letakkan satu lapisan ke dalam loyang & kukus hingga masak
8. Susun Haw Flakes diatas lapisan pertama
9. Letakkan satu lagi lapisan (warna lain) keatas susunan Haw Flakes.
10. Ulang proses sehingga semua adunan habis.

2 comments:

Name: Kitty

Byk nye resepi kat sini. Tgh nak tambah skill memasak nih.Sy add blog awak kat blog sy bole???

member SI- kitty77

Siti Zaiton

boleh no prob...kalu nak share resepi ngan kita pon boleh...

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP