Oatmeal Butterscotch Cookies

Bahan-bahannya
3/4 cwn Butter
3/4 cwn Gula Castor
3/4 cwn Gulan Perang
2 biji Telur
1st Esen Vanila
1 1/4 cwn Gandum
1st Baking Powder
1/2 st Serbuk Kayu Manis
3 cwn Instant/Rolled Oat
1 1/2 cwn Butterscotch Chips

Cara Penyediaan
1. Pukul Butter dengan gula perang dan gula castor hingga kembang.
2. Masukkan esen vanila & telur. Sambung pukul hingga sebati
3. Masukkan gandum, baking powder & serbuk kayu manis dan gaulkan hingga sebati.
4. Masukkan oat & butterscotch chips dan ratakan semua adunan.
5. Bentukkan ke dalam dulang pembakar dan bakar pd suhu 180 darjah selama 30 minit.

Biskut Cornflakes 2

Bahan-bahannya
250 gram mentega
180 gram gula kastor
1 camca teh esen vanilla
2 biji telur gred B
320 gram tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
1/4 camca teh soda bikarbonat
500 gm Cornflakes (diramas kasar)


Cara Penyediaan
1. Putar mentega dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan putar sebati.
3. Tambah esen vanilla, putar perlahan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan memang agak lembut. Rehatkan sebentar
4. Sediakan mangkuk besar, tuang cornflakes dan ratakan.
5. Masukkan adunan dalam beg piping besar, gunting hujungnya dan paip dalam anggaran 1 camca teh dunan ke dalam bekas berisi cornflakes tadi.
6. Golek2kan dengan cornflakes dan tekan2 sedikit agar cornflakes melekat.
7. Alihkan ke dulang pembakar, jarakkan sedikit kerana biskut akan mengembang bila dibakar nanti.
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160C selama 20 - 25 minit atau hingga biskut kekuningan.

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP