Pad Kra Pao
Bahan-bahannya
2 keping dada ayam (cincang kasar)
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji cili merah (ditumbuk)
5 biji cili padi (ditumbuk)
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos ikan
1 genggam daun selasih
Minyak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa
Cara penyediaan
1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk dan kacau hingga garing dan naik bau.
2. Masukkan ayam yang dicincang, lada sulah, sos tiram dan kacau sebati.
3. Masukkan kicap cair, sos ikan, kicap manis dan gula.
4. Masukkan daun selasih dan tutup api. Lalu, kacau sehingga daun selasih agak-agak layu.
Nota:
1. Hidang bersama nasi panas & telur goreng mata