Nasi Arab

Bahan-bahannya

3 cawan beras basmathi
3 biji bawang merah (blend) 
2 ulas bawang putih (blend) 
1 inci halia (blend) 
1 sudu perencah sup
1 btg kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 sudu butter
1 sudu mkn / 1 kuib pati ayam
3 cawan air
Pewarna kuning

Cara Penyediaan
1. Cair kan butter & tumis kan bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis, buah pelaga, bunga lawan & perencah sup sampai pecah minyak. 
2. Masukkan pati ayam & gaul sebati. 
3. Masukkan beras ke dalam rice cooker & gaul kan bersama bahan yg telah ditumis. 
4. Masukkan air & biarkan hingga 3/4 masak.
5. Titiskan 2-3 titis Pewarna kuning secara rawak bg mendapat warna yg cantik. 
6. Biarkan nasi masak sepenunya. 


Nota:
1. Nasi boleh makan bersama kambing bakar atau ayam bakar. 
2. Resepi Salsa Tomato
- 1 biji tomato merah (cincang halus) 
- 1 tangkai daun ketumbar (cincang halus) 
- 1/2 biji bawang besar (cincang halus)
- 2 biji cili merah (cincang halus) 
- 1 sudu mkn air perahan limau nipis
- garam & gula utk perasa

Hidangan Keluarga...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP