Tauchu (versi Kelantan)
Bahan-bahannya
Bahan A
1/2 inci Halia (dikisar)
7 ulas Bawang merah (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
4 btg serai (dikisar)
1/2 inci lengkuas (dikisar)
Bahan B
10 - 15 biji cili api (dikisar)
2 sudu tauchu
2 biji cili hijau (dihiris nipis)
1/2 cawan air asam jawa
2 biji tomato hijau (belah 4)
200gm Kacang panjang
250gm udang (saiz sederhana)
2 sudu udang kering (ditumbuk kasar)
1 keping dada ayam (potong kiub)
4 keping hati /pedal ayam (potong kecil)
Cara Menyediakan
1. Tumis semua bahan A hingga naik baunya.
2. Masukkan tauchu dan cili api, Gaul hingga rata
3. Masukkan udang kering dan masak hingga naik baunya
4. Masukkan ayam, hati dan pedal. Biarkan hingga masak.
5. Masukkan udang & kacang panjang. Jangan terlalu lama kerana udang yang terlalu lama dimasak akan keras dan hilang juice.
6. Masukkan air asam jawa. Gaul rata
7. Masukkan cili hijau dan tomato hijau
8. Gaul hingga sebati semua kandungan.
Note:
1. jika mau pedas, tambah lagi cili api.
2. best makan dgn nasi putih panas.